Honda Malaysia rai penghantaran pertama Honda HR-V 2022 – lebih 1,300 unit telah dihantar sejak dilancar
[ad_1]
Honda Malaysia telah meraikan penghantaran pertama bagi Honda HR-V 2022 kepada Nurul Hafida Mhd Jais dalam majlis penyerahan rasminya di MJN Motors di Cheras, Selangor.
Selain menerima kunci bagi HR-V RS e:HEV baharu miliknya, Nurul Hafida turut dihdiahkan aksesori Honda, Extremely Glass Physique Coating dan juga cenderahati rasmi Honda bernilai RM5,700 sebagai token penghargaan.
“Sambutan yang kami terima terhadap HR-V serba baharu ini sangat menggalakkan dan kami percaya mannequin baharu ini sekali lagi akan menjadi sensasi seperti mana sebelum ini. Hari ini, kami teruja untuk menyerahkan HR-V serba baharu kepada pemilik pertamanya, Nurul Hafida,” kata Hironobu Yoshimura, CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia.
Tambah beliau, lebih 1,300 unit HR-V serba baharu ini telah dihantar kepada para pelanggan dalam tempoh sebulan selepas ia dilancarkan pada 14 Julai lalu. Buat masa ini, Honda Malaysia telah menerima lebih 20,000 tempahan dan tempoh senarai menunggu mencecah lebih 12 bulan.
“Saya telah melakukan kajian mengenai HR-V baharu ini sebelum ia dilancarkan di Malaysia. Gaya luaran dan penampilannya menarik perhatian saya dan disebabkan itulah saya membuat keputusan untuk menempahnya sebaik sahaja tempahannya dibuka,” kata Nurul Hafida yang menghadiri majlis itu bersama keluarganya.
Sementara itu, Wan Hazmi Dato’ Wan Mustafa, pemilik MJN Motors pula berkata, “Permintaan terhadap HR-V baharu ini adalah tinggi, dan oleh itu, kami berbesar hati menjadi pengedar yang menyampaikan HR-V pertama kepada pelanggan kami. Kami komited untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami dalam semua aspek.”
HR-V 2022 didatangkan dengan empat varian, bermula dengan mannequin asas S yang dijanakan oleh enjin 1.5 liter naturally-aspirated DOHC i-VTEC empat-silinder. Diikuti dengan dua varian pengecas turbo iaitu E dan V, yang dipadankan dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo.
Manakala mannequin tertinggi ialah RS e-HEV, yang menampilkan penjana kuasa hibrid Multi-Mode Drive (i-MMD) digandingkan bersama enjin 1.5 liter kitaran Atkinson i-VTEC empat-silinder, dua motor elektrik dan e-CVT. Harganya bermula pada RM114,800 tanpa insurans untuk varian asas dan meningkat hingga RM140,800 untuk pilihan hibrid.
GALERI: Honda HR-V RS e:HEV 2022
[ad_2]
Source link