Litar Lumba Sungai Petani bertaraf antarabangsa, tapi kadar bayaran dikenakan tetap ‘marhaen’ – MB Kedah
[ad_1]
Umum mengetahui bahawa Kedah bakal mempunyai litar lumba bertaraf antarabangsa yang terletak di Sungai Petani dan pembinaannya bakal bermula tidak lama lagi. Dalam pada itu, orang ramai mula ‘bercakap-cakap’ mengenai kadar harga yang bakal dikenakan sekiranya ingin ‘melenjan’ litar lumba terbabit atau pun sebagai penonton. Ramai yang menganggap kadar bayarannya juga barangkali bakal ‘bertaraf antarabangsa’, sesuai dengan fasiliti yang diberikan serta kos pembinaannya yang mencecah RM75 juta.
Namun perkara ini disangkal oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata, walau litar lumba berkenaan bertaraf antarabangsa namun ia dibuka untuk semua peminat sukan pemotoran tempatan dengan kadar yang akan dikenakan minimal.
Di mana beliau memberi jaminan bahawa litar berkenaan dapat memenuhi kehendak dan permintaan peminat sukan permotoran khususnya dua roda, laporan Berita Harian.
“Ini adalah titik mula pembinaan litar lumba rakyat. Walaupun trek ini dinamakan sebagai litar antarabangsa, namun saya beri jaminan bahawa trek ini akan menawarkan harga rakyat marhaen untuk memenuhi kehendak dan permintaan peminat sukan pemotoran khususnya dua roda di seluruh Kedah dan Semenanjung Malaysia.
“Kita akan pastikan litar ini boleh digunakan oleh semua dengan bayaran minimal dan saya jangkakan ia akan melonjak sukan permotoran di Kedah khususnya,” katanya.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, litar lumba berkenaan bakal dibangunkan di tanah milik Menteri Besar Kedah Included (MBI) di kawasan seluas 60 hektar.
“Kita semua maklum bahawa pelan asal yang dirancang adalah Litar Lumba Rakyat dan pelan ini juga telah beberapa kali dipinda menyebabkannya tertangguh begitu lama dan menyebabkan kos asal meningkat. Berikutan itu, kerajaan negeri bersetuju meneruskan pelan perancangan akhir dengan meningkatkannya kepada Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang dilengkapi pusat komersial lain,” katanya sebelum ini.
Jelasnya, Litar Lumba Rakyat dinaik taraf ke litar lumba antarabangsa kerana ia perlu dibina dengan trek dan fasiliti perlumbaan yang selamat, profesional dan diselenggara baik.
[ad_2]
Source link