[ad_1]
Aston Martin Kuala Lumpur akhirnya membawa masuk SUV mewah paling berkuasa di dunia, Aston Martin DBX707 untuk pasaran tempatan. Dikuasakan oleh enjin 4,0 liter pengecas turbo-berkembar V8 ini dengan hamburan output 707 PS (697 hp) pada 4,500 rpm dan tujahan tork 900 Nm pada 6,000 rpm. Peningkatan signifikan ini memberikannya kuasa tambahan sebanyak 157 PS dan 200 Nm berbanding mannequin terdahulu.
SUV ini turut digandingkan bersama kotak gear automatik sembilan-kelajuan dengan multi-plate moist cluth. Ia merupakan kotak gear dari Mercedes-AMG yang pertama kali diperkenalkan untuk mannequin E 63 W213. Gandingan kedua-dua komponen mekanikal tersebut membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 kmj dalam 3.3 saat dan kelajuan maksimum cecah 310 km/j!
Beberapa bahagian mekanikal yang pastinya sangat membantu untuk ledakan prestasi yang lebih menguja. Antaranya carbon ceramic brake (CCB) yang berukuran 420 mm di hadapan dan 390 mm di belakang diberikan secara commonplace untuk DBX707. CCB ini diapit dengan kaliper 6-piston dan ia juga menyumbang kepada pengurangan berat jentera sebanyak 40.5 kg.
Selain itu, damper valving baharu turut diberikan bagi mempertingkatkan sistem suspensi udaranya bagi selari dengan peningkatan untuk kawalan badan dan respons stereng kuasa elektrik. Untuk pengendalian yang lebih padu, mod pemanduan GT Sport dan Sport+ kini turut ditampilkn dengan “Race Begin”.
DBX707 ini berukuran 5,039 mm panjang, 2,220 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak roda pula 3,060 mm. Untuk ruang penyimpanan barang di belakang, kapasitinya mencecah 638 liter (tambahan 81 liter untuk storan di bawah lantai). SUV ini memiliki jarak kelegaan tanah sehingga 175 mm.
Melihat imej yang dibawa, penggayaan DBX707 ini pastinya menambahkan keterujaan para peminatnya. Ia diberikan gril hadapan yang lebih besar dengan enam palang mendatar dan juga digandingkan bersama lampu utama LED dengan fungsi lampu tinggi automatik serta lampu nyalaan siang (DRL) baharu yang nipis melunjur ke bawah jaluran tunggal.
Selain itu, ia turut digandingkan dengan corong pengambilan udara, saluran penyejukan brek dan splitter hadapan baharu. Peningkatan ciri ini membantu menambahkan lagi aliran udara penyejukan untuk mengekalkan prestasi yang optimum.
Bukan itu sahaja, lip spoiler baharu turut ditambah pada bahagian bumbung yang turut berfungsi meningkatkan kestabilan kenderaan bila dipacu dalam kelajuan yang tinggi. Ia juga diberikan dua diffuser belakang berkembar dengan sistem ekzos segi empat rona hitam yang lebih besar.
Menariknya, ekzos baharu ini turut menerima talaan baharu bagi memberikan bunyi yang lebih unik dan menguja. Untuk rodanya pula, ia kekal dengan saiz 22-inci secara commonplace yang dibaluti tayar Pirelli P Zero 285/40 di hadapan dan 325/35 di belakang. Ia juga diberikan pintu tanpa bingkai soft-close dan bumbung suria kaca panoramik.
Menjengah bahagian kabinnya, ciri serba mewah, sporty dan sofistikated menyerlah di sana sini. Antara ciri yang diberikan termasuklah tempat duduk hadapan dengan ketetapan tiga fungsi memori, tempat duduk balutan kulit dan Alcantara, kemasukan tanpa kunci dengan butang begin/cease, kawalan suhu automatik tiga-zon, cermin pandang belakang auto-kelam dan pencahayaan ambien dengan 64 warna.
Untuk konsol tengah pula, terletaknya kawalan untuk mod pemanduan baharu dan butang bagi suspensi, kawalan kestabilan, mod kotak gear guide dan ekzos aktif. Selain itu, ia juga diberikan Infotainment Touchpad and Dial, kamera belakang dengan sistem kamera 360-darjah dan pedal sport dengan kemasan krom satin.
Bagi aspek keselamatannya, ia diberikan Kawalan Kelajuan Adaptif, Pengehad Kelajuan, Amaran Pelanggaran Hadapan, Brek Kecemasan Sendiri (AEB) dengan pengesan pejalan kaki, Amaran Ketibaan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Menukar Lorong (LCW), Amaran Trafik Lintasan Belakamg (RCT) dan Pengesan Isyarat Trafik (TSR).
Selain itu, ia juga tampil dengan Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Pintu Dibuka, enam beg udara, cagak ISOFIX, bantuan Parkir dan pengesan parkir hadapan dan belakang dengan visible indicator.
Aston Martin DBX707 kini telah pun dibuka tempahan untuk pasaran Malaysia dan ditawarkan pada harga bermula RM1,098,000 tidak termasuk segala jenis cukai dan pilihan ciri kustom. Ia juga diberikan pilihan waranti lanjutan sehingga 20 tahun.