[ad_1]
Honda Thailand akhirnya mendedahkan harga rasmi bagi mannequin SUV tujuh-tempat duduk BR-V generasi kedua, yang sedikit lebih rendah berbanding harga anggaran awal sebelum ini. Semuanya ada dua varian, iaitu E dan yang paling lengkap, EL dengan masing-masing dijual pada harga 915,000 baht (RM114,575) dan 973,000 baht (RM121,861).
Kedua-dua varian BR-V terbaru untuk pasaran Thailand ini dikuasai enjin sama berkapasiti 1.5 liter NA DOHC i-VTEC empat-silinder petrol dengan janaan kuasa 121 PS dan 145 Nm tork pada 4,300 rpm. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui kotak gear CVT.
Pertama kali dipertontonkan sebagai N7X Idea, mannequin generasi kedua ini mempunyai ukuran dimensi 4,490 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,685 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,695 mm. Jika dibandingkan, BR-V di pasaran tempatan mempunyai ukuran 4,457 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,677 mm tinggi dan jarak antara roda pula 2,662 mm.
Dari segi kelengkapan, varian E menerima roda 16-inci (dengan tayar 215/60), stereng berkuasa, brek cakera hadapan berliang dan brek dram belakang, lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang LED, pemegang pintu luar kemasan krom, serta cermin sisi larasan kuasa dengan lampu membelok.
Di ruang dalam, mannequin asas diberikan paparan kluster instrumen pelbagai information 4.2-inci, kerusi balutan kulit kombinasi dua-tona (Hitam dan Mocha Gray), pendingin automatik (dengan corong di belakang), sistem tanpa kunci dan butang penghidup enjin (dengan Honda Good Key dan kawalan jauh penghidup enjin), skrin sentuh tujuh-inci (dengan Android Auto dan Apple CarPlay), stereng balutan kulit dan empat-pembesar suara.
Sementara varian EL diberikan ciri tambahan lain, termasuk roda lebih besar bersaiz 17-inci (dengan tayar 215/55), gril hadapan piano black, lampu kabus hadapan LED cermin sisi boleh dilipat secara automatik, pedal penukar gear, kerusi balutan kulit kombinasi serba hitam, tambahan dua lagi unit pembesar suara (keseluruhan enam unit) dan juga beberapa ciri lain termasuk lebih banyak soket kuasa, poket belakang tempat duduk hadapan dan sebagainya.
Harga mannequin baru yang diumumkan ini juga sebenarnya lebih tinggi berbanding mannequin generasi pertama yang dijual di Thailand, yang juga datang dalam dua varian dengan harga masing-masing antara 765,000 dan 835,000 baht (RM95,809 dan RM104,576).
Ini adalah disebabkan kedua-dua varian BR-V terbaru ini dilengkapi dengan Honda Sensing secara customary. Untuk aspek keselamatan, ia diberikan ciri customary termasuk Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Retaining Help System (LKAS), Highway Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW), Auto Excessive-Beam (AHB), Adaptive Cruise Management (ACC) dan Lead Automotive Departure Notification System (LCDN).
Ini termasuklah juga ciri Honda LaneWatch, sistem peringatan tali keledar baru, kamera pandangan belakang dan sistem pasif sedia ada yang biasa (VSA, ABS, EBD, bantuan brek, bantuan mendaki bukit, kunci automatik). Yang berbeza adalah jumlah beg udara, dengan E menerima empat buah sementara enam untuk EL.
Pilihan warna pula terdiri daripada Taffeta White yang khusus untuk E, dengan Crystal Black Pearl menjadi pilihan dengan tambahan 6,000-baht (RM752). EL pula dengan harga customary dengan warna sama Crystal Black Pearl berkenaan, dan melibatkan tambahan 4,000 baht (RM501) untuk pilihan warna Premium Daylight White Pearl.
BR-V juga selalu diura-urakan bakal menjadi mannequin seterusnya yang akan diperkenalkan di Malaysia dan versi generasi kedua ini. Jadi, kenaikan harga antara mannequin lama dan mannequin terbaru ini juga boleh dijangka berlaku untuk pasaran tempatan kelak. Ketika ini, BR-V generasi pertama versi facelift dijual pada harga RM90,700 atas jalan tidak termasuk insurans bagi varian E dan RM97,700 bagi varian V. Jadi, berapa harga dijangka untuk BR-V baru bila tiba di sini nanti?