Honda CB250R pasaran Malaysia dipertingkat – RM24k

29

[ad_1]

Honda CB250R versi dipertingkat yang diperkenalkan untuk pasaran Eropah dan Jepun Jun lalu kini sudah tiba di Malaysia dan dijual pada harga RM23,999. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu merah dan hitam, dan datang dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Meskipun harganya kini meningkat sedikit berbanding RM22,999 pada tahun 2019, mannequin baru ini datang dengan beberapa peningkatan termasuk klac jenis help/slipper, fork Showa SFF-BP (Separate Perform Entrance Fork – Huge Piston) 41 mm serta panel meter yang boleh memaparkan kedudukan gear.

Bahagian lain semuanya masih kekal sama, termasuk enjin, iaitu unit satu silinder 250 cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berkemampuan 27.2 hp pada 9,000 rpm dan 23.4 hp pada 7,750 rpm, digabungkan bersama transmisi enam kelajuan.

Suspensi belakang CB250R menggunakan monoshock dengan pelarasan pra beban, sementara brek cakera depan dan belakangnya dilengkapi dengan sistem ABS two-channel. Rim menggunakan saiz 17 inci dan dibalut tayar 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang.

Kelengkapan lain CB250R adalah termasuk tangki bahan api 10.1 liter, semua lampu jenis LED, berat keseluruhan 144 kg, tinggi tempat duduk 800 mm serta panel paparan digital LCD.



[ad_2]
Source link