Categories: Automobile

Hyundai M’sia siar teaser varian baru Staria – mannequin 10-tempat duduk yang lebih murah, ganti Starex?

[ad_1]

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja menyiarkan teaser yang membayangkan bahawa ia bakal melancarkan varian baharu untuk MPV bersaiz besar Hyundai Staria. Teaser yang yang disiarkan di laman sosial berkenaan menunjukkan jalur lampu LED hadapan Staria dengan kapsyen “sesuatu yang besar akan menyapa anda tidak lama lagi”, tanpa memberikan sebarang perincian lain.

Walau bagaimanapun, kira-kira dua minggu lalu ada dikesan sebuah Staria dalam versi 10-tempat duduk telah mendarat di Malaysia – ini bermungkinan besar adalah varian baharu yang bakal dilancarkan tersebut. Sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu, Staria hanya ditawarkan dalam varian 2.2D Premium, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM366,768.

Varian 2.2D Premium berkenaan hanya menampilkan konfigurasi tujuh tempat duduk (memberikan ruang lebih luas dan selesa untuk setiap individu) serta diberikan perincian-perincian mewah seperti skrin sesentuh infotaimen 8-inci dengan sistem bunyi 12-pembesar suara dari Bose, tempat duduk balutan kulit Nappa dengan upholsteri fabrik sued dan pelbagai lagi.

Jadi dengan penawaran mannequin tempat duduk 10-duduk ini, ianya tentu boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah kerana pelbagai faktor. Pertama, dengan konfigurasi 10-tempat duduk, ia sudah boleh dikategorikan sebagai kenderaan perdagangan dan menerima struktur cukai lebih rendah. Sebagai contoh, lihat sahaja model CBU Kia Carnival dengan konfigurasi 11-tempat duduk dapat dijual pada harga RM196,340, berbanding mannequin CKD dengan 7- dan 8-tempat duduk yang dijual pada harga bermula RM231.228 hingga RM261,228.

One thing big shall be greeting you quickly.
Keep tuned to this house.

#HyundaiMy #Hyundai

Posted by Hyundai Malaysia on Friday, 26 August 2022

Tambahan pula, dalam foto yang bocor sebelum ini dapat dilihat Staria 10-tempat duduk ini tidak diberikan perincian-perincian premium. Ia hanya menerima pemain audio tanpa skrin, tombol gear biasa (jenis butang pada Staria 2.2D Premium), dan suis kawalan pendingin hawa yang nampak lebih ringkas. Walau bagaimanapun, ia masih menerima upholsteri kulit untuk tempat duduk dan paparan instrumen digital sepenuhnya.

Berbanding mannequin tujuh-tempat duduk yang menerima konfigurasi 2-2-3, mannequin 10-tempat duduk ini diberikan susunan kerusi sebanyak empat baris dengan konfigurasi 2-3-2-3. Ia juga tiada pelapik bumbung sued seperti mannequin Premium tetapi masih diberikan corong pendingin hawa bumbung untuk penumpang di kabin belakang.

Pada bahagian luar pula, Staria 10-tempat duduk ini dilihat mengenakan gril hadapan berlainan rekaan tanpa kemasan hitam berkilat, serta hanya diberikan lampu utama jenis halogen pada bampar berbanding lampu LED ‘kiub ais’ untuk varian 2.2D Premium.

Kami jangkakan mannequin 10-tempat duduk ini masih akan menerima unit rangkaian kuasa yang sama dengan varian 2.2D Premium. Ia menggandingkan enjin 2.2 liter empat silinder turbodiesel berkuasa 177 PS dan tork maksima 431 Nm, bersama kotak gear lapan kelajuan automatik.

Staria dihasilkan dari platform generasi baharu N3 Hyundai yang sama dengan model-model SUV terbaharu jenama Korea berkenaan. Jadi tidak seperti Starex yang memacu roda belakang, unit rangkaian kuasa Staria ini terus memacu roda hadapan tanpa sebarang syaf di bawah lantai kabin belakang.

Ada spekulasi yang menyatakan bahawa Hyundai Staria 10-tempat duduk ini bakal menggantikan mannequin Grand Starex 11-tempat duduk yang kini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari Staria 2.2D Premium iaitu RM165,888 untuk varian tertinggi Government Plus Telematics.

Malah pada Jun lalu ketika Grand Starex diperkenalkan dalam versi kemaskini terbaharu untuk 2022, Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung ada menyebut bahawa stok Grand Starex kini “hanya berbaki unit terhad”, membayangkan penawarannya mungkin akan digugurkan tidak lama lagi.

HSDM juga masih belum menyebut atau memberi anggaran bila varian baharu Staria ini akan dilancarkan. Tetapi dengan teaser yang sudah disiarkan, ia mungkin tidak lama dari sekarang. Agak-agak berapa harga Hyundai Staria 10-tempat duduk ini nanti? Kongsikan anggaran anda pada ruang komen di bawah atau di laman sosial kami.

GALERI: Hyundai Starex 2.2D Premium

[ad_2]
Source link