[ad_1]
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah pun menyiarkan information jualan kenderaan untuk bulan Julai 2022, menunjukkan sejumlah 48,922 unit kenderaan telah diserahkan kepada pembeli sepanjang bulan lalu. Jumlah tersebut dilihat turun sebanyak 14,641 unit atau jatuh 23% berbanding jumlah 63,563 unit yang dicatatkan pada bulan Jun 2022.
Menurut MAA, jumlah yang tinggi pada Jun dicatatkan kerana syarikat-syarikat pengeluar kereta berjaya menyiapkan banyak tempahan yang diterima sepanjang tempoh pengecualian cukai SST, kerana gusar insentif tersebut dihentikan sepenuhnya pada 30 Jun. Malah masalah bekalan cip semikonduktor dan komponen lain yang masih belum pulih sepenuhnya turut menyebabkan jumlah jualan pada Julai lebih rendah dari Jun.
Berbanding bulan yang sama pada 2021, jumlah jualan yang dicatatkan pada Julai tahun ini adalah 552% lebih tinggi (atau 41,423 unit lebih banyak). Ini kerana pada Julai 2021, jumlah jualan yang dicatatkan hanyalah 7,499 unit kerana ketika itu bilik-bilik pameran terpaksa ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat penularan virus Covid-19.
Untuk jumlah kumulatif dari Januari hingga Julai, jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2022 kini mencecah 380,595 unit, naik 48.3% (atau 123,918 unit lebih banyak) berbanding hanya 256,677 unit yang dicatatkan untuk tempoh sama tahun lalu.
MAA menjangkakan jumlah jualan untuk Ogos adalah sama tahap dengan jumlah jualan untuk Julai, kerana pengeluar-pengeluar kenderaan kini sedang berusaha untuk memenuhi tempahan-tempahan tertunggak yang dibuat ketika tempoh pengecualian cukai jualan, dan momentum berkenaan akan kekal sehingga akhir tahun.
Sebelum ini kerajaan telah memutuskan untuk terus memberi pelepasan cukai berkenaan untuk mereka yang menempah kereta pada tarikh akhir 30 Jun 2022, dengan syarat kereta tersebut dapat didaftarkan pada atau sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023.
[ad_2]
Source link