Categories: Automobile

Kereta elektrik tak sesuai untuk rali, WRC – bos Toyota Gazoo Racing World Rally Group, Jari-Matti Latvala

[ad_1]

Seperti yang sudah diketahui, Kesatuan Eropah (EU) bakal mengharamkan penjualan kereta-kereta baharu dengan enjin pembakaran dalaman di benua berkenaan menjelang tahun 2035 nanti. Jadi peralihan ini bukan sahaja dilihat berlaku untuk kenderaan pasaran awam, ia turut menyaksikan sukan permotoran juga sedang dalam peralihan bagi memastikan teknologi dari dunia perlumbaan adalah seiring dengan model-model produksi.

Perlumbaan open wheel/single seater sudahpun mempunyai siri Components E sebagai alternatif EV dari Components 1 yang diperkenalkan pada 2011. Siri kejohanan World Touring Automobile Cup (WTCR) juga ada alternatif EV mereka iaitu eTouring Automobile World Cup bermula tahun lalu, manakala siri Kejuaraan Rallycross Dunia (WRX) tahun ini sudahpun menggunakan jentera elektrik penuh RX1e untuk kategori tertinggi bagi menggantikan jentera kelas RX1 sebelumnya.

Walau bagaimanapun, peralihan kepada teknologi elektrifikasi ini dilihat sangat lambat untuk disiplin rali. Masih tiada perancangan dari FIA untuk Kejuaraan Rali Dunia (WRC) untuk beralih sepenuhnya kepada kuasa elektrik, dan kejohanan berkenaan baru sahaja menggunakan teknologi hibrid bermula musim ini di mana kategori tertinggi perlu menggunakan jentera spesifikasi Rally1 Hybrid yang menggunakan enjin pembakaran dalaman 1.6 liter turbo dengan bantuan motor elektrik diletakkan pada gandar belakang.

Malah dalam laporan DirtFish, Prinsipal Pasukan Rali Dunia Toyota Gazoo Racing (TGR WRC), Jari-Matti Latvala menyatakan beliau percaya bahawa EV bukanlah masa hadapan untuk sukan rali.

“Elektrik penuh perlu saya katakan kita perlu berhati-hati dengan perkara ini. Pada saya untuk sukan ini, sukan rali, [ia bukan] jalan yang betul untuk diikut,” kata Latvala.

“Tiada orang yang akan ke hutan-hutan untuk menonton kereta-kereta [rali] jika ia tiada bunyi,” tambah Latvala lagi dan menjelaskan penonton masih lagi boleh terhibur dengan perlumbaan EV di litar kerana walaupun tidak mempunyai bunyi, ia masih menghidangkan aksi sentuhan rapat dan pertarungan pintas memintas sesama sendiri, berbanding sukan rali yang hanya bertarung dengan masa.

Latvala juga memberitahu bahawa pemandu-pemandu juga masih gembira dengan kereta spesifikasi Rally1 Hybrid tahun ini, dan walaupun mereka menghadapi kesukaran pada awal musim, masalah-masalah teknikal yang timbul kini sudahpun diselesaikan.

“Untuk pemandu, mereka menikmati tujahan increase tambahan yang mereka dapat. Mereka sangat laju. Kereta-kereta tersebut sama laju dengan kereta tahun lalu, kereta spesifikasi 2017. Ia juga ada bunyi pada kereta. Pada awal tahun seperti di Monte Carlo, Sweden kami dapat lihat beberapa isu teknikal tetapi semuanya sudah diselesaikan,” jelas Latvala.

Bagi jentera Rally1 Hybrid tahun ini, ia masih menggunakan enjin 1.6 liter turbo dengan restrictor berdiameter 36 mm yang sama dengan jentera WRC spesifikasi 2017, menggunakan bahan api lebih mesra alam berasaskan hidrokarbaon yang bebas dari sebarang unsur fosil, menghasilkan sekitar 380 hp.

Kesemua pasukan menerima sistem plug-in hybrid yang sama dibangunkan oleh Compact Dynamics dan dihomologasi oleh FIA. Unit tersebut menampilkan bateri lithium ion 3.9 kWj, motor elektrik (Motor Generator Unit atau MGU) berkuasa 100 kW (134 hp) dan tork 180 Nm, serta unit inverter dan unit pengurusan kuasa – kesemuanya diletakkan dalam perumah yang diperbuat dari gentian karbon.

Ini membolehkan jentera Rally1 Hybrid ini memperolehi kuasa keseluruhan sekitar 500 hp ketika pemandu menggunakan tujahan increase dari motor elektrik berkenaan, dan kereta-kereta rali ini perlu bergerak dengan hanya kuasa elektrik penuh ketika bergerak dalam highway stage (pergerakan kereta dari service park ke SS atau dari satu SS ke SS yang lain) di atas jalan raya awam

Bagi melindungi modul sistem hibrid bervoltan tinggi yang berada di belakang, kesemua pasukan perlu menggunakan rollcage dengan rekaan blueprint dari FIA untuk semua pasukan, dan FIA turut memberikan kebebasan bagi menggunakan rollcage berkenaan sebagai asas kepada kerangka spaceframe, dan jentera tersebut tidak perlu lagi menggunakan kerangka produksi dari kilang.

Namun FIA turut mensyaratkan jentera Rally1 ini hanya boleh dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan (enam-kelajuan sebelum ini) tanpa pedal penukar gear pada stereng yang sama seperti jentera spesifikasi Rally2/R5, tidak dibenarkan menggunakan unit differential tengah, suspensi dengan jarak strok lebih pendek dan tahap aerodinamik 15% kurang dari sebelum ini; ia adalah untuk mengimbangi prestasi dan kos penghasilannya bagi kekal sama dengan jentera WRC 2017-2020.

Jadi jika tidak beralih kepada elektrik penuh, bagaimana cara bagi membolehkan sukan rali ini mampan untuk masa hadapan? Bagi perkara ini, Latvala agak ‘sebulu’ dengan bos besarnya iaitu CEO dan presiden Toyota, Akio Toyoda untuk menggunakan enjin pembakaran dalaman yang digerakkan menggunakan hidrogen.

“Mereka kini sedang membangunkan H2 [kuasa hidrogen], ini yang mungkin boleh menjadi solusi sebenar dan bukan elektrik penuh,” kata Latvala.

Presiden Toyota, Akio Toyoda bersama Juha Kankunnen memandu Toyota GR Yaris berkuasa hidrogen di Ypress Rally Belgium minggu lalu

“Kita perlu memikirkan berkenaan period di mana hibrid akan berakhir pada penghujung 2024, dan tak lama lagi kita perlu buat keputusan apa yang perlu kita lakukan selepas 2025. Toyota telah melabur banyak untuk hidrogen, dan saya rasa ini boleh menjadi perkara yang menarik di mana kita boleh gunakan sesuatu teknologi yang masih boleh menggunakan enjin pembakaran dalaman.

“Anda masih boleh mempunyai bunyi; anda boleh lihat ia masih menarik tetapi tiada pencemaran. Jadi ini merupakan sesuatu yang sangat-sangat menarik, tetapi sudah tentu ia perlu dibincangkan antara pasukan-pasukan lain, dengan FIA. Tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu dalam poket yang boleh kita tengok,” kata Latvala.

April tahun lalu Toyota mengumumkan bahawa ia sedang membangunkan enjin pembakaran dalaman menggunakan hidrogen menerusi sukan permotoran, dan kemudian mendedahkan kereta lumba Corolla Hatchback dengan enjin G16E-GTS dari GR Yaris yang diubah menggunakan kuasa hidrogen berbanding petrol untuk bertanding dalam siri perlumbaan Tremendous Taikyu Endurance di Jepun.

Corolla berkenaan dipandu sendiri oleh Akio Toyoda (menggunakan nama alter ego “Morizo”) dalam perlumbaan, dan Latvala sendiri turut pernah berlumba dengan kereta tersebut bersama Toyoda dalam perlumbaan Fuji 24 Jam Mei lalu. Toyota turut telah mendedahkan enjin V8 5.0L dikuasakan oleh hidrogen yang dibangunkan bersama Yamaha, menghasilkan kuasa 455 ps dan tork maksima 540 Nm.

Malah pada pusingan WRC yang berlangsung di Belgium minggu lalu, Akio Toyoda bersama juara dunia WRC empat-kali (sekali dengan Toyota) dari Finland, Juha Kankunnen memandu GR Yaris berkuasa hidrogen pada SS ke-11 perlumbaan berkenaan dengan laluan permukaan tar yang sempit sejauh 15 km.

“Pemanduan Akio adalah hebat. Dan enjin hidrogen yang memberikan tork yang strong, membuatkan ia tidak ada beza dengan enjin gasolin. Disebabkan ia tidak menghasilkan sebarang fuel CO2, saya percaya enjin hidrogen akan menjadi salah satu pilihan untuk mencapai impartial karbon bukan sahaja dalam dunia sukan permotoran tetapi juga dalam dunia kereta biasa,” kata Kankkunen selepas sesi berkenaan.

GALERI: Toyota GR Yaris H2 berkuasa hidrogen dipandu presiden Toyota, Akio Toyoda di Rally Belgium 2022

[ad_2]
Source link