[ad_1]
Perodua Alza generasi kedua merupakan mannequin mannequin terkini keluaran syarikat itu yang menggunakan enjin 2NR-VE, yang turut digunakan untuk Myvi dan Aruz sebelum ini. Unit 1.5 liter DOHC NA empat-silinder dengan Twin VVT-i. Walaupun enjin yang sama, antara ketiga-tiganya memberikan janaan kuasa yang berbeza.
Enjin berkenaan yang digunakan oleh Alza menjana output paling tinggi, dengan 106 PS (105 hp atau 78 kW) pada 6,000 rpm dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Ini diikuti oleh Myvi yang menghasilkan 103 PS (102 hp atau 76 kW) dan 137 Nm sementara Aruz pula dengan 102 PS (101 hp atau 75 kW) dan 133 Nm. Transmisi pula, Alza dan Myvi menggunakan D-CVT yang memacu roda depan, manakala Aruz pula menggunakan 4AT yang memacu roda belakang.
Dalam artikel ini, kami akan melihat perbezaan kos penyelenggaraan Alza dalam tempoh lima tahun atau 100,000 km berbanding Myvi dan Aruz. Juga sebagai perbandingan, turut akan disertakan Ativa dengan enjin 1KR-VET 1.0 liter turbocas tiga-silinder dan D-CVT, yang harganya tidak jauh beza daripada Alza dan Aruz, serta mannequin lama Alza dengan enjin 3SZ-VE 1.5 liter dengan 4AT.
Semua mannequin yang dinyatakan ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Jadi, tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan perbezaan kos selenggara antara semuanya, bersesuaian dengan segmen model-model ini dipasarkan dan kelompok penggunanya. Untuk melihat perbezaan kos selenggara Alza dengan pesaingnya, kami pernah membuat perbandingannya dengan Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V.
Perlu juga dinyatakan, semua angka yang dipaparkan dalam jadual ini diperoleh dari laman net rasmi Perodua sendiri, berkaitan jadual selenggara rasmi yang diterbitkan. Seperti yang dapat anda lihat, dalam tempoh lima tahun/100,000 km, kos selenggara Alza sebenarnya tidak banyak berbeza dengan mannequin lain ini. Berbanding Aruz, Alza hanya lebih mahal RM81.55, manakala berbanding Myvi angkanya lebih banyak berbezaa — kos selenggara Alza RM216.86 lebih mahal.
Ativa jadi mannequin paling mahal untuk diselenggara antara semuanya, walaupun hanya melibatkan beza RM17.04 berbanding Alza. Jika dibahagikan dengan lima tahun, perbezaan ini jadi terlalu kecil. Dalam kes Alza lama, ia menjadi mannequin paling murah untuk diselenggara jika mengikut jadual yang dicadangkan itu, walaupun jumlahnya akan naik kepada RM3,481.06 jika barangan Professional Care dimasukkan sekali semuanya (RM660.70).
Mengikut barangan untuk servis berjadual yang tertera, kos minyak enjin sintetik penuh, penapis minyak dan bendalir brek yang digunakan oleh Alza, Myvi dan Aruz adalah sama. Berbeza dengan Alza lama yang menggunakan minyak enjin semi-sintetik, dan ia tidak memerlukan penambahan coolant dalam tempoh lima-tahun pertama itu seperti mannequin lain ini.
Untuk barangan yang lebih mahal, Alza, Myvi dan Aruz semuanya memerlukan palam pencucuh Iridium selepas 60 bulan/100,000 km dengan kos RM220.40, yang mana itu lebih murah berbanding palam pencucuh Ativa yang menelan kos RM471.90. Palam pencucuh Aruz sebelum ini pula perlu ditukar setiap 12 bulan/20,000 km dengan kos RM302 keseluruhannya bagi tempoh 60 bulan/100,000 km.
Semua mannequin dengan D-CVT juga perlu ditukar pelincir kotak gearnya pada waktu tertentu, dengan kos RM101.30 termasuk saliran gasket palam pencucuh. Sementara itu, mannequin dengan 4AT pula memerlukan dua kali penukaran minyak kotak gear setiap 40,000 km/24 bulan.
Aruz pacuan roda belakang pula memerlukan dua penukaran pelincir untuk 4AT dan differential belakang dalam tempoh lima-tahun itu, dalam senggang dua-tahun/40,000 km, dengan setiap kali itu menelan kos RM151.50. Aruz bagaimanapun memerlukan kurang penukaran penapis udara kabin (setiap 18 bulan/30,000 km) yang mengurangkan lagi kos selenggaranya.
Servis berjadual rasmi Aruz juga menyenaraikan barangan dalam servis Professional Care sebagai pilihan. Ini melibatkan penapis udara (enjin) dan bendalir brek untuk ditukar pada 12 bulan/20,000 km; 36 bulan/60,000 km; dan 60 bulan/100,000 km, serta dengan jajaran, imbangan dan pusingan tayar setiap 12 bulan/20,000 km. Turut dicadangkan ialah penukaran palam pencucuh pada 30 bulan/50,000 km. Mengambil kira semua pilihan Professional Care ini bagi tempoh lima tahun akan melibatkan penambahan RM738.10 kepada kos selenggara Aruz.
Seperti biasa, bukan ini saja kos yang ada untuk pemilikan kenderan. Jangan lupa ada kos lain seperti cukai jalan yang berbeza antara SUV dan bukan SUV. Alza dan Myvi hanya dikenakan RM90 setahun, tetapi Aruz perlukan RM120 dan Ativa pula yang paling murah dengan hanya RM20 setahun.
Tidak lupa juga, tayar yang harganya berbeza mengikut saiz. Tayar Alza berada antara saiz 15 dan 16 inci, sementara Myvi antara 14 hingga 15 inci. Ativa pula dengan 16 hingga 17 inci, sementara Aruz dengan 17 inci.
Barangan seperti brek juga perlu diambil kira, dengan Ativa, Myvi dan Aruz menggunakan brek cakera di depan dan brek dram di belakang. Ini juga sama untuk Alza, kecuali varian paling tinggi yang dilengkapi brek cakera seluruhnya sebagai gandingan dengan ciri brek parkir elektronik yang ada padanya.
Tidak lupa juga tahap penggunaan bahan api yang berbeza. Menurut angka atas kertas oleh Perodua, Myvi jadi yang paling jimat dengan 21.1 km/l mengikut piawai ECE. Ini diikuti oleh Ativa (18.9 km/l) dan Aruz (15.6 km/l). Alza jika mengikut piawai NEDC akan memberikan 18.9 km/l, atau 22 km/l mengikut piawai Kitaran Pemanduan Malaysia.
Perbezaan harga antara semua mannequin ini juga perlu dipertimbangkan. Alza dijual antara RM62,500-RM75,500, Aruz pula antara RM72,900-RM77,900, Ativa antara RM62,500-RM72,600, dan Myvi antara RM50,900-RM59,900. Alza lama sebelum ini dijual dengan harga antara RM52,661 hingga RM60,525, jika tidak mengambil kira versi yang dijual di bawah RM50k.
Jadi inilah perbezaan yang perlu dilihat untuk kos selenggara semua mannequin yang dinyatakan ini. Pandangan anda, mana satu yang lebih berbaloi, dan untuk kegunaan yang bagaimana?