Lebuhraya SUKE dilancar secara rasmi; tol percuma sebulan, mula dibuka pada 12 tengah hari 16 Sept

31

[ad_1]

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) secara rasminya telah dilancarkan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof menerusi satu majlis yang diadakan di Plaza Tol Bukit Teratai pada jajaran lebuhraya berkenaan.

Lebuhraya SUKE ini dibangunkan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLintas). Ia bakal dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula 12 tengah hari esok, 16 September 2022. Kadar tol untuk lebuhraya ini masih belum diumumkan, namun ia akan dibuka PERCUMA terlebih dahulu untuk tempoh masa sebulan bermula esok.

Walau bagaimanapun pembukaan permulaan ini hanya untuk Fasa 1 yang membabitkan laluan bermula di persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Hulu Klang dengan laluan utama sepanjang 16.6 km dengan 11 persimpangan dan dua plaza tol iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang.

Manakala pembukaan Fasa 2 iaitu melibatkan laluan dari Sri Petaling (di mana berakhirnya Lebuhraya Kesas, berdekatan Endah Parade) sejauh 7.8 km dengan tiga persimpangan dan satu plaza tol iaitu Plaza Tol Alam Damai dijangka siap pada suku pertama 2023.

default

Secara keseluruhan, Lebuhraya SUKE ini menampilkan laluan utama sepanjang 24.4 km. Tetapi jika dikira sekali dengan laluan susur keluar, panjang sebenarnya adalah berjumlah 57.7 km. Lebuhraya ini akan menghubungkan Sri Petaling hingga ke Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, bertindak sebagai alternatif kepada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR), dengan 14 persimpangan secara keseluruhan.

Pembinaan Lebuhraya SUKE ini disasarkan untuk menyuraikan aliran trafik berkapasiti tinggi di kawasan berkenaan iaitu Cheras, Pandan Indah dan Ampang. Menurut CEO kumpulan PROLintas Datuk Mohammad Azlan Abdullah, SUKE mampu untuk menyuraikan 30% trafik di MRR2, 36% di Jalan Ampang dan juga 12% di Jalan Loke Yew ketika waktu puncak.

SUKE juga akan menghubungkan lebuhraya-lebuhraya lain seperti Kesas (Sri Petaling), Lebuhraya KL-Seremban, Sungai Besi Expressway (Besraya), Grand Saga, Ampang-Kuala Lumpur Elevated Freeway (AKLEH) dan Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), yang buat masa sekarang kesemuanya bersambung dengan MRR2.

Lebuhraya SUKE ini merupakan Lebuhraya yang cukup unik kerana 90% “terapung” manakala hanya 10% laluan berada di atas permukaan tanah. Ini membolehkan ia merentas kawasan bandar yang sesak, dan tidak mengganggu kawasan yang masih dibiar sebagai kawasan hijau. Oleh itu ia juga turut menampilkan pelbagai binaan yang unik dan ada yang tidak pernah dilihat di Malaysia sebelum ini.

default

Bagi persimpangan Cheras-Kajang (terletak berhampiran dengan Plaza Phoenix, menggunakan laluan Cheras-Kajang Expressway atau turut dikenali sebagai Grand Saga), ia dibuat dengan tanjakan helicoidal, iaitu tanjakan berbentuk spiral yang memerlukan anda berpusing dua tingkat sebelum masuk ke laluan utama.

Tanjakan unik ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia dengan rekaan seakan sama seperti tanjakan ikonik di “Jambatan Pelangi” Tokyo, Jepun dan beberapa tempat di China. Tanjakan ini dibuat kerana ia menghubungkan jalan raya yang berada di atas tanah dengan jambatan yang juga struktur tertinggi untuk jajaran SUKE pada kawasan tersebut, iaitu dengan ketinggian 56.4 meter, atau sama dengan bangunan setinggi 18-tingkat.

Jambatan yang juga merupakan struktur tremendous galang penggalan kekotak (segmental field girder atau SBG) yang terapung itu perlu dibina kerana ia perlu merentasi MRT Laluan Kajang di bawahnya. Menurut pemaju projek ini iaitu PROLintas, jambatan tersebut kini menjadi jalan terapung ketiga tertinggi di Malaysia selepas Jalan Bukit Kukus di Pulau Pinang dan Jalan Pintasan Rawang (Rawang Bypass), serta mencatatkan rekod sebagai struktur tremendous tertinggi dalam negara di dalam Buku Rekod Malaysia.

Tanjakan helicoidal tersebut perlu dibina bagi memastikan laluan persimpangan yang menghubungkan jalan raya di atas permukaan tanah dengan lebuhraya SUKE tersebut tidak terlalu curam dan membahayakan pengguna jalan raya, serta memudahkan kenderaan mendakinya.

default

Dari persimpangan berkenaan menuju ke Hulu Klang, SUKE akan menyajikan pemandangan indah yang kontra antara sebelah kiri dan kanan. Di kiri anda akan dapat melihat secara keseluruhan Bandaraya Kuala Lumpur termasuk Menara KL, Menara Berkembar Petronas dan Menara Trade 106 (TRX), manakala di sebelah kanan pula penuh dengan pemandangan hijau dari Bukit Teratai.

PROLintas juga sudah bercadang untuk membina fasiliti Rehat dan Rawat di kawasan yang dikenali sebagai Tasik Tambahan. Kawasan berkenaan akan memberikan pemandangan penuh “KL Metropolis Skyline” dan ia akan dilengkapi dengan pelbagai outlet makanan dan minuman bagi membolehkan anda bersantai di kawasan tersebut.

Satu lagi ciri unik SUKE adalah laluan yang berada di Ampang. SUKE turut dibina di atas Sungai Ampang, jadi bagi memastikan ekosistem sungai tersebut tidak terganggu. Sungai tersebut kini telah ditegakkan, manakala laluan lebuhraya di atasnya dipisahkan antara kiri dan kanan.

Ini untuk memastikan sungai berkenaan terus menerima cahaya matahari bagi membolehkan hidupan di dalamnya hidup seperti biasa. Malah di kiri dan kanan sungai terbabit kini telah dibina dengan taman linear menampilkan laluan untuk berlari dalam jarak 1.6 km.

default

SUKE juga menampilkan satu lagi laluan yang tidak pernah ada di Malaysia iaitu laluan bertingkat di mana setiap tingkat berkenaan hanya memberikan laluan sehala – sebagai contoh tingkat pertama menuju ke selatan dan tingkat kedua menuju ke utara. Laluan tersebut dibina di Alam Damai yang terletak di Cheras, namun ia masih lagi belum dibuka kerana terletak pada laluan Fasa 2.

Pembinaan Lebuhraya ini turut mengambilkira aspek Indek Bangunan Hijau (GBI) yang melibatkan penggunaan panel photo voltaic untuk menghasilkan tenaga elektrik di plaza-plaza tol. Keseluruhan jajaran lebuhraya ini juga menampilkan lorong kecemasan dengan lebar 3.5 meter dan menerima pencahayaan lampu jalan penuh, menggunakan sejumlah 3,377 unit lampu LED.

“Pembinaan Lebuhraya SUKE telah membawa banyak limpahan ekonomi. Kami telah mewujudkan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Sebanyak 248 kontraktor dan 10 perunding utama telah terlibat dalam pembinaan projek ini. Kira-kiran 10,000 peluang pekerjaan disediakan merangkumi pelbagai peringkat dalm bidang pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak,” kata pengerusi PROLintas Dato’ Idris Kechot.

PROLintas juga telah menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) sepanjang pembinaan Lebuhraya SUKE ini untuk membantu dan memberikan kelegaan kepada penduduk kawasan sekitar. Antaranya adalah penambahbaikkan Jalan Hulu Langat dan sebahagian jalan MRR2 serta pelebaran Jalan Ampang daripada dua ke tiga lorong.

Syarikat berkenaan turut membina semula kuarters dan Balai Polis Trafik IPD Ampang Jaya, menambahbaik Surau Dato Ahmad Razali, membina semula pejabat dan kuaters pekerja Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah serta rumah penghulu Ampang, dan menanam semula 14,000 anak pokok hutan di Hutan Simpan Sungai Besi seluas 11.33 hektar.

Konsesi Lebuhraya SUKE ini bermula pada 25 Disember 2014 dan akan berakhir pada 24 Disember 2069 iaitu selama 55 tahun.



[ad_2]
Source link