Mercedes-AMG C 63 S E Efficiency 2024 – tiada lagi V8; diganti 2.0L 4-silinder PHEV 680 hp/1,020 Nm!
[ad_1]
Selepas versi C43 muncul pada April lalu, kini sudah tiba giliran sedan Mercedes-Benz C-Class generasi W206 didedahkan dalam versi paling berkuasa – memperkenalkan, ini dia Mercedes-AMG C 63 S E Efficiency 2024! Ia muncul bukan hanya dalam versi sedan, malah C 63 S ini juga datang dalam versi wagon.
Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, lencana “C 63” kini tidak lagi disertakan dengan ngauman V8, tetapi diganti dengan unit penggerak plug-in hybrid (PHEV) E Efficiency yang menggandingkan enjin empat-silinder sebaris dan motor elektrik pada gandar belakang.
Enjin yang dimaksudkan adalah unit M139L 2.0 liter empat-silinder sebaris dengan desakan turbo, sama seperti yang terdapat dalam perut Mercedes-AMG A 45 S, tetapi ia dipasang menegak ke belakang seperti pada mannequin C 43 dan SL 43 (sebab itu ia diberi kod “L” di belakang, bermaksud Longitudinal). Enjin M139L pada C 63 S ini juga menerima pengecas turbo lebih besar dari C 43 dan SL 43, tetapi masih menggunakan sistem turbo dibantu motor elektrik yang diadaptasi terus dari teknologi System 1 pasukan Mercedes-AMG Petronas.
Dengan enjin petrol ini sahaja, Mercedes-AMG C 63 S ini dapat mengerah sejumlah 476 hp pada takat 6,725 rpm, dan tork maksima 545 Nm bermula 5,250 hingga 5,500 rpm – ia didakwa sebagai enjin produksi empat silinder paling berkuasa di dunia buat masa sekarang, jauh lebih berkuasa dari M139 pada A forty five S yang menghasilkan 416 hp dan tork maksima 500 Nm.
Tidak cukup dengan itu, ia turut disertakan dengan motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang, memberikan kuasa sehingga 204 hp (150 kW). Jadi secara keseluruhan, Mercedes-AMG C 63 S E Efficiency ini menghasilkan kuasa 680 hp dan tork maksima 1,020 Nm! Ya, ia lebih berkuasa dari enjin 4.0 liter V8 twin turbo sebelum ini yang mampu mengerah sehingga 503 hp dan tork maksima 700 Nm.
Ini membolehkan Mercedes-AMG C 63 S E Efficiency ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat untuk kedua-dua mannequin sedan dan wagon, dan mencapai kelajuan maksima yang dihadkan secara elektronik 280 km/j (wagon dihadkan sehingga 270 km/j). Angka ini juga dilihat lebih pantas di mana C 63 S V8 sedan sebelum ini hanya mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4 saat, tetapi had lajunya lebih tinggi iaitu 290 km/j.
Ingin diingatkan, Mercedes-AMG C 63 S baharu bersama sistem hibrid ini juga ditimbang dengan berat 2,111 kg (2,145 kg untuk wagon), atau sekitar 300 kg lebih berat berbanding C 63 S dengan enjin V8 generasi terdahulu.
Bagi menghasilkan kuasa yang tinggi serta angka prestasi yang menakjubkan ini, unit rangkaian hibrid E Efficiency bukanlah ringkas seperti sistem-sistem hibrid lain. Pada pengecas turbo misalnya, selain dari bergerak menggunakan gasoline ekzos, ia turut menerima motor elektrik senipis 4 cm di tengah-tengah antara turbin dan pemampat, yang mampu menghilangkan ‘lag’, memberikan increase segera sebaik sahaja pedal pendikit diperah tanpa perlu menunggu gasoline ekzos memutarkan turbin, serta memberikan respon lebih baik pada setiap tahap putaran enjin.
Walaupun bersaiz kecil, motor elektrik yang dikawal secara elektronik pada pengecas turbo berkenaan menggunakan asas sistem elektrik 400-volt (hanya 48 volt pada model-model 43), dan ia mampu berputar sehingga 150,000 rpm!
Enjin ini juga dibekalkan dengan dengan unit stater generator yang digerakkan oleh tali sawat (RSG). RSG merupakan komponen yang menggabungkan motor penghidup dan alternator, berfungsi untuk menghidupkan enjin petrol dalam masa yang sama mampu membekalkan kuasa elektrik kepada komponen seperti sistem pendingin hawa dan lampu.
RSG ini turut berhubung dengan jaringan sistem asas 400-volt pada kereta berkenaan, dan mampun membekalkan kuasa elektrik ketika kereta tidak bergerak sekiranya bekalan kuasa pada bateri voltan tinggi pada tahap yang rendah.
Kuasa dari enjin petrol berkenaan dihantar ke gandar belakang menerusi kotak gear automatik sembilan-kelajuan baharu AMG Speedshift MCT 9G. Berbeza dengan kotak gear sebelum ini, transmisi baharu ini menggunakan klac start-off (MCT = Multi-Clutch Transmission) bagi menggantikan torque converter konvensional.
Ini membolehkan ia dihasilkan lebih ringan, serta memberikan respon pedal pendikit lebih baik kerana daya inersia yang lebih rendah. Perisian yang mengawal kotak gear ini juga memberikan masa tukaran gear yang sangat pantas serta membolehkan beberapa gear diturunkan dengan laju sekiranya diperlukan. Ia juga diberikan fungsi RACE START, membolehkan pecutan optima diberikan ketika mula memecut dari kedudukan pegun.
Gandar belakang C 63 S ini juga direka begitu sofistikated untuk memadankan sistem hibrid E Efficiency. Secara umumnya, gandar belakang berkenaan digelar sebagai compact electrical drive unit (EDU). Dalam unit EDU tersebut, ia bukan sahaja mempunyai motor elektrik 204 hp, malah ia juga diintegrasikan bersama kotak gear dua kelajuan yang berfungsi dengan sistem elektrik, dan juga LSD yang dikawal secara elektronik.
Bateri bervoltan dan berprestasi tinggi (Excessive Efficiency Battery atau HPB) untuk sistem keseluruhan E Efficiency ini pula diletakkan betul-betul di atas gandar belakang berkenaan, membentuk satu pakej sistem hibrid kompak.
Dengan rekaan ini, motor elektrik bukan sahaja dapat memberikan increase tambahan 204 PS selama 10 saat ketika diperlukan, malah ia turut dapat berfungsi untuk menghantar kuasa secara mekanikal ke syaf pemacu roda hadapan menerusi syaf kardan, memberikan pacuan semua roda pada setiap masa, walaupun kereta ini bergerak dengan motor elektrik sepenuhnya tanpa menghidupkan enjin petrol.
Walau bagaimanapun, menerusi bateri lithium-ion dengan kapasiti 6.1 kWj, Mercedes-AMG C 63 S E Efficiency ini mempunyai jarak gerak elektrik penuh hanya 13 km. Bateri berkenaan dihasilkan dengan berat 89 kg, dan mampu untuk memberikan kuasa berterusan 70 kW. Manakala untuk memberikan increase selama 10 saat yang disebut tadi, bateri ini turut mampu membekalkan kuasa berterusan 150 kW.
Binaan bateri berkenaan terdiri dari 560 sel, di mana setiap satu sel tersebut disejukkan secara individu. Keseluruhan modul berkenaan dihubungkan kepada sistem penyejukkan enjin bagi mengekalkan suhu operasi optimum sekitar 45 darjah selsius. Ini membolehkan bateri tersebut memberikan prestasi konsisten ketika mengecas dan mengeluarkan tenaga.
Menurut Mercedes-AMG, keseluruhan sistem kompak termasuk EDU dan HPB ini dihasilkan hanya seberat 250 kg. Ia boleh di cas secara plug-in menerusi pengecas on-board 3.7 kW. Manakala ketika bergerak, ia diberikan empat mod mengecas semula bateri berkenaan, termasuk Tahap 3 yang membolehkan tenaga sebesar 100 kW dipulihkan semula.
Seperti biasa, setiap mannequin Mercedes-AMG datang sekali dengan mod-mod pemanduan di dalam sistem AMG Dynamic Choose; untuk C 63 S E Efficiency ini ia diberikan pilihan mod Electrical, Consolation, Battery Maintain, Sport, Sport+, Race, Slippery dan Particular person.
Bagi mod Electrical, mannequin ini boleh dipandu tanpa enjin petrol dihidupkan dengan kelajuan maksima 125 km/j, namun seperti yang disebut tadi ia hanya bertahan untuk jarak 13 km dengan satu cas penuh bateri. Manakala untuk mod Battery Maintain pula, sistem ini akan memastikan tenaga bateri berada dalam tahap yang malar.
Beralih kepada mod Sport dan Sport+, ia akan memberikan interaksi berbeza antara enjin dan motor elektrik, di mana pada mod Sport+, increase kuasa elektrik akan dibekalkan sehingga 80%. Pada mod Race pula, sistem hibrid ini akan memastikan kapasiti bateri tidak akan berkurangan sehingga bawah 30%, membolehkan tujahan elektrik sentiasa dapat diberikan 100%.
Untuk mod Slippery, seperti namanya, ia untuk ketika situasi jalan yang licin di mana kuasa akan ‘dijinakkan’ bagi memudahkan kereta ini dikendalikan. Dan bagi mereka yang merasakan satu pun pra tetapan untuk mod yang disediakan tidak sesuai dengan gaya pemanduan masing-masing, anda boleh ‘merojakkan’ sendiri tetapan yang dimahukan menerusi mod Particular person.
Mercedes-AMG C 63 S ini datang dengan sistem suspensi AMG Trip Management yang terdiri dari spring logam dengan sistem penyerap hentak adaptif. Penyerap hentak berkenaan menampilkan kebuk berasingan bersama omboh strong serta injap luaran elektrohidraulik.
Pengedalian C 63 S ini juga dibantu dengan sistem stereng bervariasi tiga tahap yang akan meningkatkan atau mengurangkan bantuan kuasa berdasarkan mod pemanduan yang dipilih. Malah mannequin ini juga menerima sistem stereng untuk gandar belakang, membolehkan tayar belakang dikemudi sehingga 2.5 darjah pada kelajuan sehingga 100 km/j. Lebih dari 100 km/j, sudut maksima yang boleh dikemudi oleh sistem stereng roda belakang ini hanya pada 0.7 darjah.
Pemanduan Mercedes-AMG C 63 S 2024 ini turut disokong dengan sistem AMG Dynamics secara normal. Ini membolehkan pemandu melaras tahap campur tangan Program Kestabilan Elektronik (ESP) ketika memandu berdasarkan mod pemanduan yang dipilih. Pemandu skilled akan menikmati ketangkasan kawalan secara maksimum kereta ini dengan mod Grasp.
Secara normal, C 63 S generasi baharu ini menerima sistem brek komposit berprestasi tinggi AMG yang datang dengan angkup enam omboh di hadapan dan angkup omboh tunggal terapung di belakang. Namun ia turut ditawarkan dengan opsyen brek karbon seramik asli dari AMG.
Jika C 43 sebelum ini sudah nampak garang, C 63 S ini pula sudah tentu perlu dihasilkan lebih garang dengan bekalan kuasa yang lebih liar. Ia menerima muka dengan apron lebih agresif menjadikan bahagian muncungnya 50 mm lebih panjang dan fender lebih lebar berbanding C-Class W206 normal, serta bonet hadapan menampilkan liang untuk aliran udara.
Bampar C 63 S ini pula menampilkan liang udara sisi yang jauh lebih besar bersama tirai udara yang mengalirkan udara ke bahagian-bahagian tertentu. Gril Panamericana mannequin ini turut diberikan dua panel udara bagi mengalirkan udara masuk ke ruang enjin. Selain itu, ia turut dibezakan dengan pemadanan skirt sisi, diffuser belakang bersama perumah tip ekzos berbentuk-trapezoid, dan lid spoiler (spoiler bumbung untuk wagon) pada penutup however.
Mannequin ini datang dengan set rim 19-inci secara normal, namum pembeli masih boleh memilih untuk memadankan rim 20-inci AMG. Pelbagai warna badan disediakan bagi membolehkan pemilik memberikan imej lebih tersendiri pada C 63 S masing-masing.
Pada bahagian dalaman, mannequin ini menerima balutan kulit Nappa bersama serlahan-serlahan kontras, dan tempat duduk AMG sports activities sebagai ciri normal, bersama pilihan tingkat taraf tempat duduk AMG Efficiency generasi kedua. Ia juga menerima roda stereng AMG Efficiency serta paparan instrumen AMG untuk sistem infotainmen Mercedes-Benz Person Expertise (MBUX).
[ad_2]
Source link