Mitsubishi Triton T1 Ralliart Asia Cross Nation Rally 2022 – masih guna enjin customary, tapi betul-betul laju!
[ad_1]
Mac lalu, Mitsubishi mendedahkan jentera rali Triton yang dibangunkan untuk menyertai Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 yang bakal berlangsung pada bulan November nanti. Kemunculan Triton ini merupakan antara detik bersejarah kerana selepas sayap perlumbaan Mitsubishi iaitu Ralliart menarik diri dari Kejohanan Rali Dunia (WRC) pada akhir musim 2007 dan Rali Dakar pada 2009, ini pertama kali Mitsubishi berlumba semula menggunakan ‘panji-panji’ Ralliart.
Ia susulan pengumuman dari CEO Mitsubishi, Takao Kato pada Mac 2021 bahawa Ralliart ‘dihidupkan’ semula selepas divisi berkenaan menutup terus program perlumbaan pelanggan dan menghentikan penghasilan aksesori serta peralatan prestasi pada 2010. Dan mungkin kerana jenama Mitsubishi masih gah pada pasaran ASEAN, AXCR dipilih sebagai platform bagi memberikan amaran bahawa Ralliart bakal menggegar semula dunia sukan permotoran khususnya dalam disiplin rali.
Untuk tugas ini, Mitsubishi Ralliart telah memilih trak pikap Triton bagi menyahut cabaran dalam AXCR, dengan jentera yang dibangunkan oleh Tant Motorsport dari Thailand serta menerima bantuan teknikal terus dari Mitsubishi Motors Corp Jepun, dan pasukan ini dipimpin oleh lagenda Ralliart sendiri yang juga juara Rali Dakar dua-kali (2002, 2003) iaitu Hiroshi Masuoka sebagai prinsipal pasukan.
Kenapa guna Triton? Kenapa tak guna sahaja Mitsubishi Xpander AP4 yang kini berada di Indonesia untuk AXCR ini? Tentu ramai yang tertanya-tanya bukan? Untuk pengetahuan anda, AXCR merupakan rali jarak jauh merentas negara seperti Rali Dakar. Namun unik untuk AXCR, laluan merentas negara yang disajikan bukanlah padang pasir seperti Dakar, sebaliknya laluan hutan yang meliputi jalan off-road berbukit, dengan kemungkinan hujan yang boleh menyebabkan selut dan lecak serta perlu merentas sungai, jadi sudah tentu laluan seperti ini adalah lebih sesuai dengan trak pikap.
Malah memang sudah menjadi tradisi AXCR, ia menyajikan pentas pertarungan untuk pelbagai trak pikap yang standard di Asia Tenggara seperti Toyota Hilux dan Isuzu D-Max.
Kami bertuah kerana dijemput Mitsubishi Motors Malaysia untuk ke Thailand pada minggu lalu, untuk ‘berkenalan’ lebih rapat Mitsubishi Triton yang akan digunakan dalam AXCR 2022 tersebut dalam satu sesi shakedown yang dibuat di Grand Prix Motor Park, Kanchanaburi, terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Bangkok.
Jika sebelum ini jentera rali Triton ini hanya dapat dilihat menerusi gambar dan spesifikasinya dibaca hanya pada skrin, kali ini kami diberi peluang untuk membelek sendiri trak pikap tersebut, malah turut diberi peluang untuk “taxi trip” bersama pemandu skilled sebenar!
Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Triton AXCR pasukan Mitsubishi Ralliart ini dihasilkan dengan spesifikasi FIA Group T1, iaitu kenderaan rali rentas negara prototaip. Walau bagaimanapun, Triton AXCR Ralliart ini masih mengekalkan rupa dan banyak komponen dari mannequin produksi sebenar Triton yang dijual di bilik pameran, berbanding jentera-jentera FIA Group T1 digunakan pada Rali Dakar yang nampak macam kapal angkasa.
Pada bahagian luaran Triton ini masih tampil hampir sama dengan Triton customary, kecuali ia dipadankan dengan unit snorkel pada tiang-A sebelah kiri yang membolehkan ia ‘menyelam’ ketika menyeberangi sungai, sump guard yang dibina dari logam yang agak tebal diletakkan pada bahagian bawah badan hadapan bagi melindungi bahagian bawah enjin, serta diberikan binaan untuk memegang dua buah tayar gantian pada mattress belakang.
Tiada pintu diletakkan pada mattress belakang kerana pada bahagian berkenaan diletakkan winch berkuasa elektrik Warn VR Evo, bagi digunakan sekiranya ia tersekat di mana-mana laluan. Lampu hadapan dan belakang, gril, bampar malah cermin hadapan adalah komponen sama digunakan pada Triton customary. Tetapi bonet hadapan dan juga pintu depan dan belakang jentera rali Triton ini sebenarnya diperbuat dari bahan gentian karbon bagi mengurangkan beratnya.
Mitsubishi turut membawa sebuah replika Triton rali ini bagi memudahkan pihak media mengambil gambar trak pikap berkenaan dalam keadaan bersih. Namun jika anda perasan, unit replika tersebut tidak mempunyai tayar gantian dan winch di belakang, diberikan unit snorkel yang berlainan serta tidak mempunyai sump guard.
Sama seperti lazimnya kereta-kereta lumba lain, karpet dan tempat duduk belakang Triton ini telah dibuang, sementara panel pintu pula dibina semula menggunakan gentian karbon sama seperti bahagian luar pintu berkenaan. Untuk keselamatan dan juga menguatkan lagi kerangka badan bagi membantu pengendalian, Triton ini menerima set rollcage lengkap dalam kabin.
Pemandu dan juruarah menerima tempat duduk Bride Low Max dan diikat pada kerusi berkenaan dengan tali pinggang keselamatan perlumbaan dari Cusco. Pemandu pula diberikan roda stereng perlumbaan Sparco tiga jejari, dan juga tuil brek tangan hidraulik yang panjang diletakkan bersebelahan tuil penukar gear bagi memudahkan pemandu membuat aksi “hand brake flip” yang sememangnya sinonim dengan perlumbaan rali.
Seperti yang anda boleh lihat, papan pemuka asal Triton juga masih digunakan bersama panel instrumen yang sama seperti Triton biasa, cuma pada bahagian yang sepatutnya diletakkan pemain audio, ia digantikan dengan skrin instrumen perlumbaan dari Motec yang memberikan kesemua knowledge pemantauan yang diperlukan oleh pemandu. Tak lupa juga komputer journey rali diletakkan pada papan pemuka di hadapan tempat duduk juruarah.
Unit rangkaian kuasa jentera rali Triton ini juga boleh dikatakan hampir customary sama seperti mannequin produksi biasa. Ia masih menggunakan enjin asal 4N15 2.4 liter empat silinder MIVEC Turbodiesel yang menghasilkan kuasa customary kilang 181 PS dan tork maksima 430 Nm.
Menurut Masuoka-san, enjin Triton rali ini masih memang masih menggunakan komponen dalaman customary produksi termasuk aci engkol, rod penghubung, kepala silinder dan sebagainya. Namun pasukan ini ada menyatakan bahawa enjin berkenaan telah pun menerima sentuhan blueprinted dari HKS.
Hasilnya, ketika duduk di sebelah pemandu profesional yang memandu Triton ini, penulis dapat rasakan enjin tersebut memberikan respon yang lebih ringan dan bunyi ekzos yang jauh lebih lawas dari customary. Masuoka-san turut menyatakan pasukannya hanya melakukan talaan semula yang sangat sedikit pada kotak komputer, dan dakwaannya itu boleh dibuktikan di mana ketika Triton ini dikerah semahunya dalam litar rali yang disediakan ini, langsung tidak kelihatan kepulan asap hitam seperti lazimnya trak-trak pikap diesel yang diubahsuai.
Enjin berkenaan digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan handbook. Mitsubishi tidak mendedahkan spesifikasi kotak gear tersebut, namun melihat pemandu masih perlu menekan pedal klac untuk menukar gear dan tiada bunyi berdengung ketika trak pikap ini bergerak, rasanya ia masih lagi diasaskan dari kotak gear asal Triton dan bukan kotak gear perlumbaan sebenar yang menggunakan canine tooth dan sebagainya.
Malah di sebelah kiri pemandu, turut kelihatan suis putar untuk sistem Tremendous Choose 4WD-II yang sama seperti mannequin produksi Triton, membolehkan mod pacuan diubah sama ada menggunakan pacuan belakang, atau pacuan semua roda dengan gear tinggi atau rendah, hanya memutarkan suis berkenaan.
Tiada perubahan dibuat terhadap konfigurasi suspensi Triton ini di mana ia masih menggunakan sistem double wishbone di hadapan dan sistem spring dedaun di belakang. Ubahsuai untuk suspensi Triton rali ini dibuat semudah dengan menggunakan penyerap hentak boleh laras yang dihasilkan oleh Cusco.
Cusco turut membekalkan unit LSD untuk menggantikan differential biasa pada gandar hadapan dan belakang, bagi memberikan daya cengkaman terhadap permukaan jalan untuk keempat-empat roda yang lebih baik. Manakala untuk roda, pengeluar rim terkenal dari Jepun, Work, membekalkan set rim aloi Crag T-Grabic II bersaiz 17-inci dengan lebar 8J, dibalut dengan tayar Yokohama Geolander M/T G003 bersaiz 265/70R17.
Satu lagi perkara menarik pada Triton ini, walaupun ia sebuah jentera lumba sebenar, ia masih lagi mempunyai sistem pendingin hawa! Sebab itulah ia tidak diberikan skup udara pada bumbung seperti jentera rali lain untuk memberikan angin kepada pemandu dan juruarah di dalam kabin.
Malah sebenarnya, duduk di dalam Triton rali yang dibelasah pada laluan off-road Grand Prix Motor Park berkenaan bukannya satu ‘azab’. Suspensi rali yang dilengkapkan pada trak pikap ini tidak memberikan getaran yang kuat di dalam kabin ketika ia melalui permukaan jalan yang tidak rata walaupun dalam kelajuan tinggi. Ia juga tidak memberikan rasa hentakan yang kuat ketika ‘mendarat’ selepas melompat.
Apa yang penulis perasan, disebabkan tiada perubahan pada asas kerangka dan juga konfigurasi Triton rali ini, dinamik pemanduannya masih sama dengan Triton customary. Penulis masih ingat perasaan ketika “taxi trip” bersama Hiroshi Masuoka di litar off-road yang dibuat di Setia Alam pada 2019, ketika itu Masuoka-san hanya memandu Triton customary di litar berkenaan.
Walaupun Triton sebuah trak pikap, ia memberikan pengendalian yang cukup lincah. Ia tidak ada masalah untuk menukar dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri dalam sekelip mata, memberikan kemampuan mengambil selekoh yang cukup tajam, serta tidak terasa mahu terbalik walaupun dengan badan yang tinggi.
Apa yang lain, dengan respon enjin lebih baik, ada LSD pada gandar hadapan, dan juga penyerap hentak yang khas untuk perlumbaan rali, Mitsubishi Triton T1 Ralliart ini adalah lebih laju!
Asia Cross Nation Rally 2022 ini akan berlangsung bermula 21 hingga 26 November nanti, bermula di Buriram, timur laut Thailand dan kemudian merentas sempadan Kemboja. Perlumbaan sejauh 1,700 km berkenaan akan menyaksikan kesemua peserta perlu berhadapan laluan di kawasan pergunungan, hutan, jalan berlumpur, menyeberang sungai, kawasan berpasir, dan juga litar lumba, berakhir di tapak Warisan Dunia, Angkor Wat yang terletak di Kemboja.
Sebelum sesi shakedown ini, Group Mitsubishi Ralliart sebenarnya sudahpun membuat ujian ketahanan terhadap Triton T1 ini pada Julai lalu. Ujian berkenaan turut dibuat di Grand Prix Motor Park tersebut membabitkan jarak perjalanan sejauh 800 km, dan tiada sebarang masalah yang timbul.
Dengan jentera yang begitu kompetitif serta barisan pemandu yang mantap (akan diumumkan oleh pasukan berkenaan pada 16 September nanti), Mitsubishi Ralliart menyatakan bahawa mereka yakin bakal pulang dengan keputusan yang baik pada AXCR 2022 nanti!
GALERI: Mitsubisihi Triton Ralliart T1 AXCR 2022
GALERI: Replika Mitsubisihi Triton Ralliart T1 AXCR 2022
[ad_2]
Source link