PANDU UJI: Peugeot 3008 & 5008 ibarat kembar seiras – imej, prestasi sama; pengendalian sedikit berbeza
[ad_1]
Jenama Perancis ini di pasaran Malaysia bukanlah begitu standard, berbanding jenama pengeluar dari Jepun mahu pun Korea. Walau bagaimana pun, ia masih ada tempatnya dalam kalangan penggemarnya. Itu sebab ia masih bertahan di pasaran tempatan sehingga sekarang walau pun bersilih ganti pihak yang mengendalikannya.
Selepas mengambil alih pengedaran jenama Peugeot daripada Naza, pada November lalu, Bermaz Auto Alliance (BAuto) telah melancarkan dua SUV baharu, yang pertama di bawah edarannya di Malaysia. Kehadiran Peugeot 3008 dan 5008 memberikan lebih variasi bagi mereka yang mencari SUV lima- atau tujuh-tempat duduk.
Kedua-dua mannequin SUV ini merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) oleh Stellantis yang telah mengambil alih sepenuhnya kilang Naza di Gurun, Kedah (sebelum ini dikendalikan oleh Naza Automotive Manufacturing).
Hampir lapan bulan berada di pasaran, barulah kami diberikan kesempatan untuk memandu uji kedua-dua mannequin ini. Jika tengok dari pandangan luaran, 3008 dan 5008 ini memang ibarat kembar seiras, perbezaannya cuma melibatkan ukuran dimensinya memandangkan kedua-duanya menawarkan kapasiti tempat duduk yang berbeza. 3008 dengan lima-tempat duduk dan 5008 pula menampilkan tiga barisan tujuh-tempat duduk, menjadikan ia lebih besar berbanding ‘adik kembarnya’ itu.
Bagi 5008, ia berukuran 4,670 mm Panjang, 1,855 mm lebar, 1,655 mm tinggi dan jarak roda 2,840 mm. Untuk 3008 pula, SUV 5-tempat duduk inu memiliki dimensi 4,510 mm panjang, 1,850 mm lebar, 1,628 mm tinggi dan jarak roda 2,730 mm. Manakala kapasiti ruang however bagi 5008 mencecah 952 liter dengan posisi tempat duduk berada dalam keadaan regular, dan 591 liter pula bagi 3008.
Namun dari sudut mekanikal, kedua-duanya menggunakan enjin yang sama iaitu 1.6 liter THP (Turbo Excessive Strain) empat-silinder yang menghasilkan 167 PS dan 240 Nm tork. Ia turut digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan Aisin yang menyalurkan pacuan ke roda hadapan. Selain itu, ia juga menampilkan dail rotari untuk pemandu memilih mod cengkaman berbeza, termasuk Snow, Mud dan Sand.
Persamaan sudut mekanikal tersebut membuatkan kedua-dua mannequin ini memiliki prestasi pemanduan yang sama, namun sedikit berbeza daripada segi pengendalian. Bagi prestasinya, hamburan kuasa yang terhasil boleh dikatakan agak tangkas dan menguja. Tidak perlu sangat kerahan tenaga untuk memaksanya menghamburkan kuasa hingga mencapai kelajuan yang diingini. Gabungan enjin dan kotak gear ini memang disifatkan sederhana dan berkeupayaan memberikan kerjasama yang agak padu.
Malahan pergerakan kotak gearnya juga sangat memuaskan, ia tidak berlengah untuk bertukar kedudukan biar pun memilih mod automatik sepenuhnya. Jika menggunakan mod guide, sudah pasti keseronokan ‘bermain’ gear lebih terasa. Pendek kata, prestasi yang dihasilkan kedua-dua mannequin 3008 dan 5008 ini memang memuaskan hati.
Namun dari sudut pengendaliannya, seperti yang dikatakan, ada sedikit perbezaan, yang dipengaruhi ukurannya. Dengan saiz yang sedikit besar dan memiliki berat mencecah 1,595 kg, momentum pergerakan 5008 sedikit lambat untuk mencapai momentum yang diingini, berbanding 3008 yang seberat 1,492 kg yang lebih tangkas daripadanya. Ia Lebih ketara apabila muatan penuh dengan penumpang dan barangan dibawa badan besar 5008 ini.
Apabila 5008 dipacu menaiki bukit, dengan muatan tujuh penumpang dan ruang however juga penuh barangan, maka sedikit lambat untuknya mencapai kelajuan yang diingini dan di kala inilah kerahan tenaganya diperlukan dengan memberi penekanan terhadap pedal pendikit. Dan perkara ini tidak begitu dirasai jika mengendalikan 3008.
Manakala dengan gandingan topang MacPherson dan palang torsion untuk sistem suspensinya, ia membantu kedua-dua mannequin ini memberikan pengendalian yang Lebih selesa, biar pun merentasi jalan yang berliku.
Walau bagaimana pun kedua-dua mannequin ini tidak diberikan sistem pacuan empat roda, pacuannya tidaklah bersifat begitu manja. Tidaklah sampai melayakkannya untuk dilenjan merentasi laluan off-road waima sederhana ekstrem. Kalau setakat ekstrem ala kadar atau manja-manja, rasanya tidak memberikan masalah. Jangan pula rentas anak sungai ya. Kalau setakat jalan berlopak, kira okay lagi.
Untuk bab olengan badannya pula, ia disifatkan sederhana walau pun ketika berada di tempat duduk penumpang.
Okay, kita masuk pula bab imej yang diperagakan untuk kedua-dua mannequin ini. Ada beberapa ciri baharu yang ditampilkan untuk imbed luarannya. Antaranya ialah rekaan wajah hadapan yang kini lebih menarik dengan gril tanpa bingkai dan lampu utama LED dengan rekaan baharu (dengan ciri lampu tinggi automatik dan fungsi limpahan cahaya 90-darjah di selekoh) serta lampu nyalaan siang (DRL) LED menegak. Lencana nombor 3008 dan 5008 yang terletak di bahagian bonet juga baharu — ini saja perbezaan antara keduanya jika dilihat dari depan.
Pembaharuan di bahagian belakang bagaimanapun tidak begitu ketara berbanding di hadapan. Ciri baharunya termasuklah lampu LED, dengan rekaan tiga garis “cakaran” 3D dan lampu isyarat sequential.
Ini peningkatan yang menarik berbanding mannequin sebelumnya. Bagaimana pun, ia tidak diberikan lampu isyarat sequential untuk bahagian hadapan, walaupun hadir dengan rekaan lampu isyarat baharu yang memanjang ke bawah. Kelengkapan customary lain termasuklah bukaan pintu barangan belakang dengan gerak kaki dan tetapan ketinggian, enam beg udara dan penderia parkir.
Menjengah bahagian kabinnya pula, ia diberikan i-Cockpit yang terdiri daripada paparan kluster instrumen digital 12.3-inci yang telah dipertingkatkan dengan kesan grafik dan kontras lebih baik untuk memudahkan penglihatan. Paparan pada bahagian tengah juga kini lebih lebar dengan skrin sentuh 10-inci.
Turut diberikan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, melalui sambungan kabel ke port USB-A. Materials ruang dalaman kekal sama, tetapi ia juga didatangkan dengan pad pengecas tanpa wayar Qi sebagai ciri customary.
Bagi aspek keselamatan, 3008 dan 5008 tidak dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan seperti kawalan melayar adaptif dan AEB. Ia hanya ditampilkan dengan enam beg udara, cagak ISOFIX untuk tempat duduk barisan kedua dan kamera undur masih dalam resoulusi rendah seperti sebelum ini. Selain itu, ia masih diberikan ABS, EBD, kawalan kestabilan, pemantauan titik buta, dan bantuan kekal lorong.
Tiga pilihan warna disediakan iaitu Amazonite Gray, Pearl White dan Nera Black. Warna keempat yang eksklusif untuk berasingan mannequin ialah Cuprite Brown (3008) dan Emerald Crystal (5008).
Peugeot 3008 dijual pada harga bermula RM161,616, manakala 5008 pula berharga dari RM177,311, Kedua-duanya adalah harga atas jalan tanpa insurans dan dengan cukai SST. Pembeliannya diberikan waranti lima-tahun atau 100,000 km daripada pengilang (yang mana tiba terlebih dahulu), serta servis penyelenggaraan percuma selama tiga-tahun atau 60,000 km, yang mana tiba terlebih dahulu.
Jadi, untuk anda yang ingin mencari SUV sama ada lima- atau tujuh-tempat duduk, anda boleh meletakkan 3008 atau 5008 dalam senarai pilihan. Imej luaran dan dalaman yang nampak mewah dan sofistikated, serta prestasi dan pengendalian yang agak memuaskan merupakan bonus untuk kedua-dua mannequin SUV ini. Setanding dengan harga yang ditawarkan.
GALERI: Peugeot 3008 2022
GALERI: Peugeot 5008 2022
[ad_2]
Source link