PANDU UJI: Volvo V60 T8 Recharge – RM305,888, CKD, 407 hp/640 Nm; wagon terakhir Volvo berkuasa petrol

23

[ad_1]

Bila kita berborak pasal Volvo, perkara pertama yang biasa disebut sudah tentu berkenaan keselamatan. Tetapi selalunya tidak boleh tidak ‘perborakkan’ tersebut pastinya akan beralih kearah menyebut model-model wagon ikonik yang cool dihasilkan oleh Volvo bukan? Seperti perabot-perabot Ikea, jenama automotif dari Sweden ini amat mahir menghasilkan mannequin yang bukan sahaja praktikal, malah menampilkan bentuk yang sangat cantik.

Satu lagi faktor yang membuatkan model-model Volvo wagon ini begitu mengujakan, ia turut hadir dengan prestasi yang mengejutkan – rupa sahaja macam ‘ayah-ayah’, tapi kadang kala lebih laju dari kereta sport! Lihat sahaja bagaimana Volvo memasarkan mannequin wagon 745 Turbo pada period 80’an dengan membayangkan ia adalah seperti Lamborghini atau Porsche cuma dengan lebih ruang kargo.

Malah pada period 90’an, Volvo pernah membuat perkara tidak masuk akal di mana syarikat tersebut menggunakan mannequin wagon 855 sebagai asas kereta lumba British Touring Car Championship (BTCC), bagi berlumba dengan kereta-kereta lumba sedan yang lain.

Volvo masih membuat wagon-wagon yang sangat cool sehingga kini, dan wagon yang boleh anda beli di bilik-bilik pameran Volvo di Malaysia buat sekarang adalah ini – V60 T8 Recharge Inscription. Apa yang menarik, kilang Volvo di Shah Alam sekarang merupakan hab pengeluaran jenama berkenaan untuk rantau Asia Tenggara – jadi pasaran kereta-kereta yang diproduksi di kilang berkenaan bukan hanya untuk Malaysia, malah untuk negara-negara jiran seperti Thailand.

Ini secara tidak langsung membolehkan V60 T8 ini cukup skala ekonomi untuk dipasang di Shah Alam, sekaligus menawarkan harga yang cukup kompetitif bagi pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM305,888, atau hanya RM2k lebih mahal berbanding kembar sedannya, Volvo S60 T8 R-Design.

Dengan harga berkenaan, V60 ini menerima nadi penggerak yang sama seperti S60 iaitu unit rangkaian kuasa T8 Twin Engine. Unit ini menampilkan enjin petrol Drive-E 2.0 liter yang bukan sahaja disuap dengan pengecas turbo, malah turut disuap dengan supercharger bagi menjana kuasa 316 hp dan tork maksima 400 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear automatik Aisin lapan-kelajuan bagi memacu roda hadapan.

Tidak cukup dengan itu, enjin berkenaan juga diberikan unit motor stater/generator bersepadu dengan aci engkol, manakala gandar belakangnya dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 86 hp/240 Nm. Ini bermakna, V60 T8 ini merupakan wagon pacuan semua roda, dan kuasa keseluruhan yang dibekalkan pada mannequin ini adalah sama seperti S60 T8 iaitu 407 hp pada takat 5,700 rpm dan tork maksima 640 Nm bermula 1,200 hingga 5,400 rpm.

Ya, ini bukan wagon ‘ayah-ayah’ kerana bekalan kuasa yang diberikan adalah lebih besar dari Honda Civic Type R mahupun Volkswagen Golf R, dan pecutan 0-100 km/j V60 T8 ini dapat dicapai dalam masa hanya 4.6 saat! Walau bagaimanapun, selaras dengan visi Volvo untuk memastikan tiada kehilangan jiwa terjadi sekiranya berlaku kemalangan, kelajuan maksima V60 ini hanya dihadkan pada 180 km/j.

Dari segi penggayaan, V60 menerima pakej Inscription yang nampak lebih elegen berbanding pakej R-Design pada S60 yang menampilkan imej lebih sporty. Pada bahagian muka, perbezaan yang boleh dilihat adalah pada bahagian bampar di mana ia menampilkan kemasan liang udara sisi yang lebih ‘nipis’ dan disertakan jalur kemasan krom, berbanding pada pakej R-Design yang diberikan kemasan sama lebih besar hitam keseluruhannya.

Gril antara Inscription dan R-Design juga berbeza dimana untuk mannequin lebih elegen ini menerima elemen ‘jail bar’, berbanding ‘egg crate’ seperti model-model ‘Volvo Turbo’ klasik pada R-Design. Namun walaupun tanpa pakej penggayaan R-Design, bentuk keseluruhan V60 ini yang nampak leper seperti hatchback tetapi dengan bumbung lebih panjang, serta set rim 19-inci lima jejari (R-Design juga 19-inci tetapi berlainan rekaan) bersama tayar Michelin Pilot Sport 4 235/40R19, wagon ini masih nampak sangat ‘jahat’.

Masuk ke kabin, asas antara V60 dan S60 adalah sama, sekali lagi dibezakan oleh pakej penggayaan Inscription dan R-Design. Untuk unit pandu uji yang kami terima ini, ia diberikan upholsteri kulit berwarna Charcoal, bersama perapi-perapi dengan kemasan Driftwood, berbanding S60 R-Design yang diberikan upholsteri gabungan kulit Charcoal Black dan fabrik kelabu bersama kemasan-kemasan aloi yang nampak lebih garang.

Namun untuk V60 ini, Volvo Automobile Malaysia turut menawarkan opsyen alternatif iaitu upholsteri kulit berwarna Maroon Brown yang digandingkan dengan kemasan kayu Linear Lime yang nampak lebih klasik. Walau bagaimanapun, tombol gear kristal dari Orrefors adalah ciri commonplace tidak kira anda memilih V60 atau S60.

Volvo V60 T8 ini masih menerima sistem infotainmen Sensus dengan skrin 9.7-inci yang diposisikan secara potret, bukan sistem infotainmen terkini Volvo yang dihasilkan berdasarkan sistem android. Walau bagaimanapun, sistem pada V60 ini menyokong hubungan Apple CarPlay dan Android Auto yang membolehkan anda menggunakan fungsi-fungsi dari telefon pintar seperti Waze dan Spotify.

Sistem infotainmen ini disepadukan dengan sistem bunyi yang begitu padu dan memberikan pengalaman audio yang sangat mengasyikkan, iaitu sistem bunyi dari Harmann Kardonn berkuasa 600-watt yang dipadankan bersama 16-pembesar suara. Antara perincian lain yang diberikan commonplace pada mannequin ini termasuk sistem pendingin hawa automatik dua zon, bumbung panaromik, tempat duduk hadapan kawalan elektrik dengan fungsi memori, paparan instrumen digital dengan skrin 12.3-inci, kamera 360-darjah dan juga Park Help.

Namun, ruang-ruang storan agak kurang pada kabin kereta ini. Ia hanya diberikan dengan dua pemegang cawan yang diletakkan di sebelah tombol gear, manakala ruang storan di bawah perehat tangan hanya mampu memuatkan barang-barang yang nipis. Ini kerana V60 ini dihasilkan dari platform Scalable Product Structure (SPA) dengan sistem PHEV, di mana pada bahagian terowong tengah berkenaan sebenarnya adalah bateri lithium-ion untuk sistem plug-in hybrid kereta ini.

Walaupun ia terpaksa mengorbankan ruang storan, rekaan ini sebenarnya dapat memberikan kelebihan terhadap pengurusan berat dan titik graviti yang membantu dalam dinamik pengendaliannya, di mana bateri yang berat tersebut dapat diletakkan pada bahagian tengah kereta tanpa mengganggu nisbah berat hadapan dan belakang, dan titik graviti dapat dipusatkan di tengah-tengah.

Malah dengan tidak meletakkan bateri tersebut pada bahagian lantai, ia tidak menggangu ruang dan posisi duduk penumpang mahupun pemandu, dan ia rasa seperti kereta dengan enjin pembakaran sepenuhnya yang biasa.

Sebagai sebuah wagon, semestinya V60 ini menampilkan praktikaliti yang lebih baik dari sedan S60. Sebaik pintu hatch dibuka, anda mempunyai ruang kargo berkapasiti 529 liter, berbanding hanya 442 liter pada mannequin sedan. Sekiranya anda mahu membawa barang yang lebih besar, tempat duduk belakang turut boleh dilipat dengan nisbah 60:40 bagi memberikan ruang keseluruhan berkapasiti 1,441 liter.

Ruang berkenaan diberikan penutup tonneau yang boleh dibuka, bagi memastikan barang-barang yang diletakkan pada bahagian berkenaan tidak terdedah pada pandangan orang ramai di luar. Apa yang menarik, untuk mengeluarkan/memasukkan barang, penutup tonneau berkenaan tidak perlu dibuka, sebaliknya ia diberikan ‘rel’ pada tiang-D yang membolehkan penutup tersebut ‘diselak’ sedikit ke atas.

Bahagian kargo V60 ini juga diberikan pemegang barang runcit pada sebelah kiri, bagi memastikan barang-barang kecil yang anda beli tidak berselerak ketika kereta sedang bergerak, serta diberikan port kuasa 12V bagi membolehkan anda menggunakan peralatan-peralatan elektrik mudah alih ketika aktiviti seperti perkelahan dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan pemanduan? Atas kertas, mannequin wagon ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat, atau 0.2 saat lebih perlahan berbanding mannequin sedan S60 T8 R-Design. Namun sekiranya anda berada di tempat duduk pemandu dengan kaki kanan pada pedal pendikit, rasa bagi kedua-dua mannequin ini sama sahaja; bila ia dikerah dengan agresif, tork terus dari enjin yang disuap oleh supercharger dan turbo serta didesak dengan motor elektrik pada gandar belakang membuatkan anda melekat pada tempat duduk dan ia meluru tanpa sebarang drama.

Jadi sekiranya anda mahukan sebuah kereta yang boleh memecut seperti sebuah hot-hatch, tetapi mendapat tentangan dari isteri, mungkin anda boleh membawanya ke mana-mana bilik pameran Volvo. Tunjukkan ruang kargo belakang yang begitu besar yang cukup untuk memuatkan pakaian satu almari untuk bercuti, atau 7-8 pasu bunga ketika berkunjung ke nurseri, V60 ini mungkin mendapat ‘kelulusan’ darinya.

Namun apa yang penulis perasan ketika mahu bermain dengan mod pemanduan, wagon V60 ini tidak diberikan suis tatal untuk tukaran mod yang terletak di belakang suis penghidup enjin seperti pada sedan. Sebaliknya jika pemandu ingin membuat penukaran mod tersebut, ia perlu dilakukan menerusi skrin infotainmen yang dirasakan sedikit leceh.

Tanpa menukar mod pemanduan default Hybrid pun sebenarnya ia mampu memberikan tujahan yang cukup padu. Tetapi jika mod Sport dipilih, enjin akan petrol akan sentiasa hidup bagi memastikan anda dapat kuasa paling optima dan juga memberikan respon paling pantas setiap kali pedal pendikit dikerah.

Dengan mod ini juga, meter standing penggunaan kuasa enjin/motor elektrik pada sebelah kanan panel instrumen akan bertukar kepada meter rpm enjin (kerana enjin petrol kini akan sentiasa hidup), kemudian tukaran gear yang diberikan akan menjadi semakin agresif. Oh ya, bercakap berkenaan kotak gear, satu lagi perkara yang penulis perasan, mannequin wagon ini juga tidak diberikan pedal penukar pada roda stereng seperti mannequin sedan S60 T8 R-Design.

Untuk perjalanan 250 km pertama dengan Volvo V60 T8 Recharge ini dengan jalan sekitar 50% dalam bandar dan 50% lebuhraya, ia menggunakan bahan api sekitar 8.0L/100 km, jauh dari jumlah yang didakwa oleh Volvo iaitu 2 L/100 km. Ini adalah kerana selepas menerima satu cas penuh bateri hibrid PHEV selepas keluar dari tempat parkir Volvo Automobile Malaysia, penulis langsung tidak mengecas semula bateri berkenaan.

Sekiranya anda pemilik kereta ini dengan perjalanan harian yang boleh dijangka, anda boleh menggunakan bahan api yang jauh lebih rendah daripada ini dan tidak mustahil mencapai kadar penggunaan bahan api yang didakwa oleh Volvo. Ini kerana kereta ini turut diberikan mod Pure, iaitu mod untuk pemanduan elektrik sepenuhnya tanpa enjin petrol dihidupkan langsung.

Dengan bateri lithium-ion berkapasiti 11.6 kWj yang dibekalkan, Volvo V60 T8 Recharge ini mampu bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya dalam jarak sehingga 49 km. Bayangkan sekiranya jarak rumah anda ke tempat kerja adalah sekitar 40 km, dengan mod Pure, enjin langsung tidak akan dihidupkan sepanjang perjalanan. Sampai ke pejabat, cas lagi bateri berkenaan untuk perjalanan pulang pula. Malah ada pusat-pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang juga kini sudah pun mempunyai fasiliti pengecas EV ini.

Dari segi dinamik pemanduan juga wagon ini tidak jauh berbeza dari versi sedannya. Secara asasnya, ia diberikan karekter yang impartial – tiada drama understeer atau oversteer ketika anda melayan selekoh laju, dan ia melekat seperti bergerak di atas rel. Namun jika ia didesak untuk lebih laju, motor elektrik pada gandar belakang terasa memberikan tork yang lebih pada roda belakang bagi mengelakkan berlaku understeer.

Selain dari mod Hybrid, Pure dan Sport, Volvo V60 T8 Recharge ini juga datang dengan mod Fixed AWD. Menerusi mod tersebut, V60 ini boleh dipandu pada permukaaan licin seperti kereta dengan sistem AWD sebenar walaupun tanpa sebarang switch case mahupun syaf propeller di tengah.

Walaupun secara asasnya enjin petrol pada wagon ini terus memacu roda hadapan, torque steer dirasakan sangat-sangat minima ketika roda stereng ketika kereta mula memecut. Stereng wagon ini juga agak baik dan tepat, memudahkan ia dikendali ketika melayan selekoh. Untuk talaan suspensi pula, walaupun ia memberikan daya olengan yang minima ketika meredah selekoh dengan laju, ia masih memberikan keselesaan maksima sebuah kereta premium.

Jika anda tiada temper untuk memandu, mungkin kerana anda letih untuk perjalanan yang jauh atau tersekat dalam keadaan trafik yang sesak, jangan risau kerana V60 ini turut disertakan dengan sistem Pilot Help iaitu sistem pemanduan separa-automatik Volvo.

Menerusi sistem ini, sekiranya anda memandu dalam kesesakan trafik, anda bukan sahaja tidak perlu mengawal sendiri pedal pendikit dan pedal brek menerusi sistem cruise management adaptif dengan fungsi cease & go, malah stereng kereta ini juga dikawal oleh komputer di mana ia menggunakan garis lorong sebagai panduan.

Walau bagaimanapun, tangan anda perlu sentiasa berada pada roda stereng dan bersedia mengambil alih kawalan sekiranya perlu. Komputer kereta ini akan memberi amaran menerusi paparan instrumen untuk memegang semula stereng sekiranya ia mengesan anda melepaskannya dalam masa yang lama.

Seperti yang disebut tadi, perbezaan harga antara mannequin wagon V60 dan sedan S60 ini hanyalah RM2k. Jadi bagi mereka yang berminat untuk memiliki Volvo siri 60 paling baharu ini, antara wagon atau sedan sudah tentu faktor harga bukan lagi pemisah antara kedua-duanya bukan? Sekarang hanya tinggal “selera” atau keperluan yang mungkin jadi penentu mannequin mana yang akan dipilih.

Namun satu perkara yang penulis ingatkan, nilai jualan semula antara wagon dan sedan, selalunya akan berpihak pada wagon. Lihat sahaja model-model wagon terdahulu Volvo; anda mungkin dengan mudah dapat membeli sedan Volvo 240 dengan harga sekitar RM6k-RM7k, sedan Volvo 850 T5 atau S60 generasi pertama sekitar RM10k-RM15k, tetapi untuk versi wagon bagi kesemua mannequin ini biasanya dijual pada harga lebih sekali ganda lebih mahal!

Malah V60 T8 Recharge ini adalah mannequin wagon terakhir menggunakan enjin petrol yang boleh anda beli, kerana bagi model-model generasi selepas ini, ia hanya akan dihasilkan dengan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya (EV), selari dengan visi Volvo untuk menjadi pengeluar kereta yang hanya menjual EV menjelang 2030.

Untuk perincian dan spesifikasi penuh Volvo V60 T8 Recharge ini anda boleh lawati laman Carbase.my. Manakala laporan pandu uji bagi mannequin sedan S60 T8 Recharge R-Design, anda boleh bacanya pada PAUTAN INI.



[ad_2]
Source link