Proton secara rasmi dilancarkan semula ke Afrika Selatan; X50 RM117k-RM150k, X70 RM137k-RM163k

36

[ad_1]

Setelah diumumkan pada April lalu, semalam, 14 September 2022 secara rasmi Proton dilancarkan semula ke pasaran Afrika Selatan selepas jenama automotif dari Malaysia itu tidak lagi mengeksport kenderaan ke negara tersebut sejak 2012. Menurut laporan dari Cars.co.za, buat permulaan Proton akan menawarkan hanya dua mannequin SUV di Afrika Selatan iaitu X50 dan X70.

Untuk X50, ia akan ditawarkan dalam empat varian, bermula varian asas Commonplace dijual pada harga Rand 449,900 (RM117k), Luxurious pada harga R 499,900 (RM130k), Government pada harga R 535,900 (RM139k) dan varian tertinggi Premium T-GDI berharga R 579,900 (RM150k).

Tiga varian lebih rendah untuk Proton X50 ini dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api pelbagai titik (MPI), menghasilkan kuasa 150 PS dan tork maksima 226 Nm. Manakala varian tertinggi menerima enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) menghasilkan kuasa 177 PS dan tork maksima 255 Nm.

Bagi mannequin X50 1.5 Commonplace, ia menampilkan perincian seperti empat-beg udara, rim aloi 17-inci, lampu hadapan LED, upholsteri fabrik, dan skrin 8-inci untuk sistem infotainmen yang datang bersama kamera undur. Mannequin X50 Luxurious pula tampil dengan lampu hadapan automatik, lampu kabus, roda stereng balutan kulit dan upholsteri leatherette.

Beralih ke varian 1.5 Government, ia datang dengan rim aloi 18-inci, skrin infotainmen 10-inci bersama kamera 360-darjah, dan sistem pemantau tekanan angin tayar. Manakala varian paling tinggi 1.5 T-GDI Premium pula ditambah dengan sistem bantuan pemanduan keselamatan, bumbung panaromik dan juga warna badan dua-tona dengan bumbung berwarna hitam.

Melihat spesifikasi yang disiarkan ini, varian Commonplace, Luxurious dan Government X50 pasaran Afrika Selatan ini sama dengan varian Standard, Executive dan Premium di Malaysia, manakala varian Premium di Afrika Selatan pula sama dengan varian Flagship di Malaysia.

Untuk X70 pula, ia juga ditawarkan dalam empat varian di Afrika Selatan iaitu Commonplace 2WD dijual pada harga bermula R 529,900 (RM137k), Government 2WD berharga R 579,900 (RM150k), Government 4WD berharga R 629,900 (RM145k) dan varian tertinggi Premium 2WD berharga R 639,900 (RM163k).

Kesemua varian X70 pasaran Afrika Selatan ini hanya dijana oleh enjin 1.5 liter T-GDI berkuasa 177 PS/255 Nm, tanpa pilihan varian yang dijana oleh enjin 1.8 T-GDI seperti pasaran Malaysia.

Varian X70 Commonplace diberikan lampu hadapan halogen, rim aloi 17-inci, upholsteri fabrik, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh lapan-inci, enam pembesar suara, sistem penyegar udara dan juga enam-beg udara. Mannequin X70 Government pula menerima lampu hadapan LED bersama lampu nyalaan siang, rim aloi 18-inci, pintu tailgate elektrik, upholsteri leatherette, tempat duduk pemandu larasan elektrik, lapan pembesar suara dan kamera 360-darjah.

Bagi mannequin Government AWD, ia bukan sahaja menerima sistem pacuan semua roda, malah ditambah dengan sistem bantuan pemanduan, sistem pemantau tekanan angin tayar, rim aloi 19-inci, upholsteri kulit Nappa, bersama sistem bunyi yang diberikan sembilan pembesar suara termasuk amplifier dan subwoofer. Manakala varian tertinggi X70 Premium pula ditambah dengan bumbung panaromik.

Pada pasaran Afrika Selatan, Proton akan diwakili oleh CMH Group untuk menjual kenderaan menerusi 25 jaringan pengedar rasmi Proton di sana, dengan kumpulan pertama berjumlah 1,200 unit kenderaan akan mula dijual di Afrika Selatan tahun ini. Penghantaran pertama dari Malaysia telah dibuat oleh Proton pada Mei lalu dan ia secara rasmi telah sampai ke Durban pada 5 Julai 2022.

Sebelum ini Proton turut menyatakan bahawa stok kumpulan pertama yang berlepas dari Westport, Klang, tersebut turut disertai oleh Proton Saga, namun harga dan spesifikasi untuk sedan segmen-A berkenaan masih belum diumumkan.

Sama seperti pasaran Malaysia, CMH Group memberikan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan untuk setiap Proton yang dijual di Afrika Selatan.



[ad_2]
Source link