Toyota Sienta 2022 diperkenal di Jepun – bermula RM64k, platform TNGA, enjin 1.5L Dynamic Pressure

36

[ad_1]

Toyota secara rasminya telah mendedahkan mannequin generasi baharu MPV Sienta di Jepun. Sienta 2022 ini dihasilkan dari platform Toyota New International Structure (TNGA) dalam versi GA-B, dan ia akan menggantikan mannequin generasi kedua yang telahpun dijual sejak 2015.

Walaupun menggunakan platform baharu, saiz Sienta generasi ketiga ini adalah hampir sama dengan mannequin generasi kedua, menampilkan dimensi panjang 4,260 mm, lebar 1,695 dan jarak roda 2,750 mm. Perbezaan yang paling ketara hanyalah ketinggiannya di mana mannequin baharu ini menampilkan tinggi 1,715 mm atau 20 mm lebih tinggi dari mannequin sebelumnya, memberikan ruang kabin lebih luas.

Di Jepun, Sienta ditawarkan dalam konfigurasi sama ada lima tempat duduk dalam dua baris, atau tujuh tempat duduk yang di bahagikan kepada tiga baris dengan susunan 2-3-2. Jarak antara tempat duduk hadapan dan belakang kini boleh ditolak ke belakang sehingga 1,000 mm (+80 mm) bagi memberikan ruang lebih selesa untuk penumpang di baris kedua.

Akses keluar dan masuk ke kabin belakang juga kini lebih baik di mana pintu gelangsar yang di berikan memberikan bukaan dengan ketinggian 1,200 mm (+60 mm). Manakala lantai masih lagi rendah dan rata seperti sebelum ini dengan ketinggian hanya 330 mm (350 mm untuk mannequin pacuan semua roda).

Mannequin generasi ketiga ini menampilkan rupa yang lebih kepada sebuah kenderaan pelbagai guna, berbanding gaya lebih funky pada mannequin generasi kedua. Ia diberikan lampu hadapan yang nampak lebih petak berbanding lampu lebih tirus pada mannequin sebelumnya. Tiada gril sebelah atas diberikan, sebaliknya ia menerima jalur kemasan yang menghubungkan kedua-dua lampu utama dengan brand Toyota diletakkan di tengah.

Gril utama pada bampar juga kini lebih bersegi dari sebelum ini, dan turut menampilkan bar yang agak tebal di tengah, bersama kemasan sekeliling berwarna perak untuk bahagian tengah dan ke bawah. Unik untuk Sienta generasi baharu ini, ia diberikan kemasan hitam seakan pelindung badan bermula pada kedua-dua sisi bampar hadapan, bahagian bawah pintu sehingga ke sisi bampar belakang.

Toyota turut menyatakan bahawa ke semua cermin tingkap pada Sienta 2022 ini dihasilkan lebih besar dari sebelum ini dengan merendahkan bahagian asasnya, memberikan pandangan luar yang lebih luas kepada penumpang di dalam kabin. Rekaan cermin lebih besar ini turut melibatkan tingkap paling belakang, memberikan pandangan yang lebih luas untuk penumpang di baris ketiga.

Berbanding mannequin sebelumnya yang menampilkan rekaan lampu belakang melintang, Sienta generasi baharu ini tampil dengan lampu belakang menegak diletakkan pada tiang-D. Pintu tailgate belakang mannequin baharu ini didakwa mempunyai bukaan 15 mm lebih tinggi – menurut Toyota, basikal 27-inci boleh dimasukkan tanpa hendal hadapan tersangkut pada bukaan pintu, dan menawarkan ruang simpanan 50 mm lebih tinggi dengan mengubah struktur lipatan tempat duduk baris kedua.

Juga seperti bahagian luar, bahagian dalaman ini Sienta kini menampilkan rekaan-rekaan lebih berkotak dan tersusun, berbanding rekaan funky pada mannequin sebelumnya. Bahagian storan terbuka di hadapan penumpang hadapan kini lebih besar manakala skrin infotainmen pula tidak lagi tenggelam sebaliknya berdiri sendiri pada konsol tengah.

Tiada konsol terowong pada bahagian tengah di mana tombol gear dianjak lebih ke hadapan melekat dengan konsol tengah papan pemuka, membolehkan pergerakan antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan di buat lebih mudah. Pemegang-pemegang cawan diberikan pada setiap sisi papan pemuka tersebut dan satu lagi diletakkan bersebelahan tombol gear.

Untuk varian lebih tinggi, pemandu menerima paparan instrumen digital dengan skrin tujuh-inci, serta skrin infotaimen Show Audio Plus bersaiz 10.5-inci yang turut menyokong servis terhubung T-Join. Manakala bagi varian-varian lebih rendah, ia menerima paparan instrumen analog bersama skrin pelbagai information 4.2-inci da juga skrin Show Audio hanya 8-inci.

Pelanggan di Jepun ditawarkan dengan opsyen Consolation Package deal menampilkan cermin tingkap yang memberi tapisan terhadap sinaran UV dan IR. Ia juga diberikan peindung matahari guide pada tempat duduk baris kedua, pengedar udara siling dan tempat duduk balutan fabrik dengan rawatan penyahbauan dan kalis air/minyak.

Bagi sistem keselamatan, Sienta 2022 ini diberikan pakej bantuan pemanduan Toyota Security Sense customary untuk semua varian. Pakej tersebut menghimpunkan fungsi seperti Sistem Keselamatan Pra-Pelanggaran (brek kecemasan automatik), Bantuan Pemanduan Proaktif dan sistem bantuan parkir Superior Park.

Sienta generasi baharu ini masih menampilkan konfigurasi suspensi topang McPherson di hadapan dan torsion beam di belakang. Namun dengan kerangka badan dari paltform TNGA yang lebih tegar bersama penggunaan perekat struktur yang tinggi kadar serapan, ia memberikan pemanduan, keselesaan dan pengendalian lebih baik.

Seperti Yaris pasaran Jepun dan Eropah yang turut dibangunkan menerusi platform TNGA-B, Sienta 2022 ini turut menerima enjin Dynamic Pressure M15A-FKS 1.5 liter tiga-silinder NA. Ia menghasilkan kuasa 120 PS (118 hp) pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm bermula 4,800 hingga 5,200 rpm, disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear Direct Shift CVT. Menurut Toyota, padanan ini membolehkan Sienta mencapai kadar penggunaan bahan api 18.4 km/l dalam customary WTLC.

Sienta turut ditawarkan dalam versi hibrid menampilkan enjin petrol kitaran-Atkinson M15A-FXE 1.5 liter tiga-silinder berkuasa 91 PS (90 hp) dan tork 120 Nm, digandingkan dengan kotak gear eCVT dan motor elektrik menghasilkan 80 PS (79 hp atau 59 kW) dan tork 141 Nm, serta diberikan bateri 6.5-Ah yang diletakkan pada lantai. Versi ini mampu mencapai kadar penggunaan bahan api lebih rendah sehingga 28.8 km/l.

Mannequin hibrid ini juga ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda E-4. Tiada sistem penghantaran dari kotak gear untuk memacu roda belakang bagi sistem ini, sebaliknya gandar belakang diberikan motor elektrik berkuasa 3 PS (2.95 hp atau 2.2 kW) dan tork 44 Nm bagi memberikan lebih cengkaman pada permukaan jalan lebih licin. Sebab itulah mengapa lantai bagi mannequin AWD ini adalah 20 mm lebih tinggi dari versi pacuan hadapan.

Ketiga-tiga pilihan unit rangkaian kuasa ini boleh dipilih dalam tiga gred berbeza iaitu gred asas X, gred pertengahan G dan juga gred tertinggi Z. Bagi mannequin petrol sepenuhnya ia dijual pada harga bermula 1.95 juta hingga 2.56 juta yen (RM63,682 hingga RM83,608), manakala mannequin hibrid pacuan hadapan dijual pada harga bermula 2.38 juta hingga 2.91 juta yen (RM77,729 hingga RM95,039).

Mannequin hibrid dengan sistem AWD E-4 pula dijual pada harga bermula 2.578 juta yen (RM84,196) sehingga 3.108 juta yen (RM101,505). Sienta 2022 JDM ini juga hadir dalam versi Welcab, iaitu mannequin yang direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya, memudahkan mereka masuk ke kabin dengan kerusi roda.

Mannequin Welcab ini ditawarkan dalam versi empat atau lima tempat duduk, di mana ruang pada baris ketiga dihasilkan khas untuk memuatkan kerusi roda bersama ramp opsyenal untuk naik ke atas. Mannequin Welcab ini juga ada ditawarkan dalam versi Friendmatic yang mampu mengurangkan tenaga operasi stereng lebih separuh berbanding mannequin biasa, memudahkan orang kurang upaya memandunya.

Pelbagai lagi peranti-peranti bantuan pemanduan boleh dipadankan pada Sienta Welcab ini bergantung kepada keperluan pelanggan. Sienta Welcab ini dijual pada harga bermula 2.13 juta sehingga 2.87 juta yen (RM69,556 hingga RM93,721).

Sebelum ini UMW Toyota telah pun membawa Sienta generasi kedua ke pasaran Malaysia – dilancarkan pada Ogos 2016, ketika itu dijual pada harga RM92,900 hingga RM99,900. Ia kemudiannya perkenalkan dalam versi kemaskini pada 2018, namun ia kemudiannya tidak lagi ditawarkan pada pasaran Malaysia untuk versi facelift yang diperkenalkan pada November 2018.

UMW Toyota kini tidak lagi menawarkan MPV Avanza dalam pilihan mannequin MPV mereka, dan bakal digantikan dengan Toyota Veloz yang lebih premium. Harga untuk Veloz ini berkemungkinan akan berada pada julat harga Sienta sebelum ini, jadi berkemungkinan besar Sienta generasi ketiga ini tidak akan di bawa semula ke pasaran tempatan.



[ad_2]
Source link