[ad_1]
Skuter elektrik konsep Yamaha Genesis E-01 yang ditunjukkan di Tokyo Motor Present 2019 kini sudah hampir menjadi produk sebenar untuk pasaran dan sekarang ia dipanggil lebih ringkas sebagai Yamaha E-01. Sebelum memasuki pasaran, ia masih lagi perlu diuji dan Malaysia adalah antara negara yang terpilih untuk dijadikan tempat mengumpul data penting berkenaan skuter elektrik ini.
Masa ketibaannya dalam pasaran masih belum diketahui, dan mungkin mengambil masa yang lama lagi, tetapi hari ini kami berpeluang untuk mendekati E-01 semasa Karnival GenBlu yang diadakan di Teluk Batik, Lumut, Perak.
Menurut wakil Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang berada di kawasan pameran, E-01 menggunakan asas daripada NMax, yang merupakan antara mannequin skuter terlaris Yamaha di seluruh dunia, tetapi telah dibentukkan semula untuk menempatkan penggerak elektrik dan mempunyai rupa yang lebih unik.
Punca kuasa skuter elektrik ini datang daripada bateri lithium ion 4.9 kWh (tidak boleh dibawa keluar), dan disalurkan kepada Inside Everlasting Magnet Synchronous Motor (IPMSM), untuk menghasilkan 8.1 kW (10.9 hp) secara maksimum pada 5,000 rpm dan 30.2 Nm tork pada 1,950 rpm kepada roda belakang melalui sistem tali sawat. Kuasa ini boleh dikatakan hampir kepada skuter yang menggunakan enjin pembakaran dalaman 125 cc.
Semasa bergerak, penunggang boleh memilih tiga mod secara mudah dengan menekan butang di bahagian kanan pemegang, iaitu sama ada Eco, Normal ataupun Energy. Dalam mod Eco, ia boleh menyediakan laju maksimum sehingga 65 km/j, Normal 100 km/j dan Energy 105 km/j. Penyampaian kuasa dalam setiap mod juga adalah berbeza.
Bagi mengecas skuter ini, pemilik boleh menggunakan pengecas AC mudah alih 110-240V yang diberikan secara commonplace bersama skuter ini dan diletakkan di bawah tempat duduknya (boleh dibawa keluar untuk menggunakan ruang tersebut sebagai tempat simpanan barang), dan ia akan mengambil masa antara 13 ke 15 jam.
Apabila menggunakan pengecas dinding AC arus domestik, ia akan mengambil masa sekitar enam jam untuk penuh, sementara apabila menggunakan pengecas pantas DC pula, ia hanya akan mengambil masa hanya satu jam untuk penuh. Soket tempat mengecasnya pula berada di bahagian hadapan skuter manakala jarak gerak yang disediakan dalam mod Normal adalah sekitar 80 km.
Yamaha tidak menjadikan E-01 sebagai sebuah skuter elektrik yang ringkas, sebaliknya meletakkan pelbagai teknologi terkini seperti panel instrumen LCD yang boleh dimasukkan dengan kad SIM dan memaparkan peta navigasi (bersama pelbagai informasi penting lain), sistem kunci pintar, lampu LED, sistem kawalan cengkaman, ABS two-channel serta mod undur.
Menjamin stabiliti skuter ini adalah suspensi yang terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak yang terletak rendah di belakang, lengan ayun aluminium serta rim 13 inci yang dibalut tayar 110/70 di hadapan dan 130/70 di belakang.
Seperti yang dinyatakan di atas, keputusan untuk melancarkan E-01 ini untuk jualan umum masih belum dibuat (termasuk bila dan di negara mana terlebih dahulu), dan sekiranya masuk ke dalam pasaran, harganya dianggarkan berada dalam lingkungan yang hampir kepada skuter 250 cc XMax.
Anda sebagai pengguna rasanya adakah E-01 patut diperkenalkan untuk pasaran Malaysia? Bolehkah jarak gerak seperti yang disediakan diterima oleh penunggang yang sudah biasa dengan motosikal atau skuter enjin pembakaran dalaman? Cuba berikan komen di bawah.